My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Minat

Semua ibu bapa pasti mahu yang terbaik untuk masa depan anak-anak mereka. Mahu anak-anak menjadi orang yang baik-baik, mendapat pekerjaan yang bagus dan mempunyai keluarga yang bahagia. Saya percaya, seorang pencuri atau perompak pun sama sekali tidak mahu anak-anak menjejaki langkah mereka dan mahu anak-anak menjadi seorang yang lebih berguna kepada masyarakat apabila besar nanti. Saya dan isteri juga sebegitu. Isteri sejak dari awal lagi mahu Ahmad Afkaar menjadi seorang imam muktabar suatu hari nanti, katanya seperti Imam Sudais. Khadiijah Wafi pula apabila ditanya bila besar nanti mahu menjadi apa, jawabnya Cikgu Mengaji. Aaminah Wafi pula setakat ini belum pasti lagi apa job yang sesuai untuknya bila besar nanti, namun bila melihat kepada ciri-cirinya mempunyai suara yang paeng dan lantang, suka membebel di muka Ahmad Afkaar, saya rasa kerjaya pensyarah adalah yang paling sesuai baginya.

Semua ibu bapa mahu masa depan yang terbaik untuk anak-anak mereka tetapi jarang sekali mereka memulakan langkah ke arah itu sejak dari anak-anak mereka kecil lagi.

Apakah langkah-langkah tersebut?

Pertama adalah doa.

Sekiranya mahu anak menjadi seorang doktor ke, pensyarah ke, imam ke, berdoalah setiap hari bermula dari saat ini. InsyaAllah ianya akan dimakbulkan. Berdoa itu bukanlah secara khusus dari sudut bacaan kita selepas solat sahaja sebaliknya ia lebih dari itu. Bagi saya, setiap perkataan yang keluar dari mulut kita kepada anak-anak juga merupakan suatu doa dan kami sedaya upaya untuk mempraktikannya di dalam keluarga kecil ini. Setiap hari, paling kurang sekali saya akan pasti akan mendengar luahan dari mulut isteri yang menyatakan bahawa Ahmad Afkaar pasti akan menjadi imam yang muktabar suatu hari nanti. Maka apabila saya mendengar doa tersebut dari mulut isteri, serta merta saya akan mengaminkan di dalam hati semoga doa tersebut dimakbulkan. Begitu juga dalam soal perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya diungkap kepada anak-anak. Percayalah, sekiranya setiap hari kita mengherdik anak-anak dengan perkataan seperti “bodoh, lembap, degil dan lain-lain” , maka jangan terkejut sekiranya anak-anak kita akan menjadi sebegitu akhirnya. Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi perkataan-perkataan kurang sopan yang lazim kami tujukan kepada anak-anak. Cuma adakala sekiranya sedang dalam keadaan yang sangat marah, terkeluar juga perkataan yang bukan-bukan, namun akhirnya saya sendiri menyesal dan beristigfar panjang kemudiannya. Walaubagaimanapun sekiranya ada beberapa ketika anak-anak degil sedikit tidak mahu mendengar kata atau sedikit malas untuk mengulangkaji pelajaran, apakah perkataan yang sesuai diucapkan kepada mereka? Bagi saya cukuplah dengan kita berkata “jangan” dan “pergi lakukan” serta jangan ditambah lain-lain perkataan yang bukan-bukan.

Langkah kedua adalah sentiasa mengenal pasti minat anak-anak dan cuba untuk sentiasa meransang minat mereka sejak dari kecil.

Khadiijah Wafi kelihatan sangat berminat dalam bab-bab gadjet. Seingat saya, saya tidak mengajarnya tentang cara untuk mendownload program dari internet, cara membuat folder di dalam ipad, cara mendelete program tetapi semuanya dilakukan sendiri dalam keadaan try and error. Tanpa minat, ianya tidak akan berhasil kerana dengan minat, kita akan lakukan sesuatu perkara tanpa rasa jemu dan putus asa. Tunggulah dua tiga tahun ini, sekiranya benar Khadiijah Wafi masih lagi menunjukkan minat dalam bidang it, mungkin saya akan mengajarnya pula cara untuk membaiki laptop yang rosak, software dan hardware. Dan sekiranya 5-6 tahun selepas itu, Khadiijah Wafi still menunjukkan minat dalam bidang it, saya mungkin akan menghantarnya ke kelas IT agar pengajarannya akan lebih bersifat formal. Bagus ke Khadiijah Wafi berkecimpung dalam bidang IT? Sekiranya dibandingkan dengan profesion lain seperti doktor, peguam, pensyarah, rasanya bidang IT mungkin jatuh ditempat yang bawah sekali benar? Namun, sekiranya semua orang Islam mencebur profesion peguam, doktor dan pensyarah, adakah kita akan selamanya membiarkan orang bukan Islam memonopoli bidang IT? Tepuk dada sendiri jawab.

Aaminah Wafi dan Ahmad Afkaar pula masih terlalu kecil untuk dinilai perasaan minat mereka kepada apa. Seperti yang telah dinyatakan cukuplah kami berdoa semoga Ahmad Afkaar menjadi imam muktabar suatu hari nanti.

Kesimpulannya, sentiasalah berdoa yang baik-baik untuk anak-anak dan sentiasalah memerhatikan minat anak-anak pada setiap masa dan ia juga merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh ibu bapa. Tanggungjawab ibu bapa bukanlah dalam kitaran soal perbelanjaan, keperluan, kesihatan dan pendidikan anak-anak semata-mata, lebih dari itu ia lebih dari soal berkisar tentang masa depan anak-anak yang tunjangnya perlu dipupuk dari dari sejak mereka masih kecil lagi. Saya selalu mengingatkan diri, cubalah mendidik anak dengan sebaik mungkin kerana merekalah menjadi satu penyebab kemana kita akan tuju diakhirat kelak samaada syurga atau neraka.

Ya Allah ya tuhan kami, bimbinglah kami dalam usaha kami membimbing dan mendidik anak- anak kami semoga mereka menjadi manusia yang berguna kepada agama Islam suatu hari kelak. Bimbinglah kami ya Allah agar kami diberi kesabaran dan kesungguhan yang tinggi dalam membimbing anak, sesungguhnya engkaulah yang maha pembimbing ke jalan yang benar, makbulkanlh doa kami, amin…

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: