My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Sunway Pyramid

Macam biasa, usai setelkan plan hari ni… Kami akan bagi reward pada anak-anak yang menemani kami. Kali ni kami ke Sunway Pyramid..

Sebelum tengok pic, ummi nak buat nota ringkas tentatif plan hari ni.. Ok, mujahid musleh telah menghantar ibu ke kolej lima-Kolej Dayasari (amboi klasik ke beno namanya😉 hihihi).. Esok merupakan kelas pertama ibu untuk sem baru. Aduhai, tak larat naik anak tangga! Apalah nasibnya si ibu dapat tingkat tiga! Kuruslah ibu&sememangnya ibu mahu kurus.. Pulak tu, ibu nak buat part time memandangkan kelas hanya dua hari sahaja.. Bolehlah kumpul duit nak kawin bila jodohnya telah tiba.. Amin..🙂

Mudahan, ibu boleh setelkan master dia dalam tiga sem, dan buat PhD selepas itu.. Genapkan tempoh feloshipnya selama lima tahun.. Ya Allah,lapangkanlah&permudahkanlah segala cabaran yang mendatang agar ilmu yang diperolehi memberi manfaat yang berterusan kepada ummah. Amin🙂

Ummi yang menolong angkat barang bersama bonda&kak long, tercungap-cungap menahan nafas kepenatan. Seingat ummi, inilah kali pertama selepas tiga tahun ummi tak mendaki anak tangga dengan mengangkut pelbagai barang! Kalau kat sekolah, naik tingkat tiga dengan membawaa lesson plan pun dah tercungap, inikan pulak mengangkat beg-beg ibu.. Wallaweh, turun berat badan ummi tau! Tapi kejap aje😉 sebab makan nasi ayam kat sunway pyramid tadi akibat kelaparan melampau!😉 dahtu pekena pulak three layer tea-memanglah tak turun kilogramnya..

Untuk tahun ni, ummi tak ada pun mendaki anak tangga di sekolah, patutlah gemok! hihihi🙂 payah nak turun berat badan, mujur juga ada kelas yang nun jauh di padang. Adalah jugak exercisenya, kalau tidak, maunya ummi jadi bam bam bum! Janganlah terlalu gemoks, sebab bila gemoks, ummi akan jadi sangat malas&sakit tumit menampung berat badan.. Lagilah pulak tidak nampak ideal bila bergandingan dengan walid yang macam palapes (time studi dulu, walid ada kata: dia bukan palapes tapi papan lapis😀 hahahaha, sebabnya… ummi ni nak lelaki berbadan tough, jadi suruh walid masuk palapes.. Ada ke itu jawapannya? Papan lapis pun papan lapislah, ada juga sipi-sipi dengan palapes😉 )

Semestinya, bila ke Universiti Malaya, pasti akan menggamit nostalgia yang sukar nak diluah dengan kata-kata. Kami ke APIUM, menghantar bonda berjumpa lecturer untuk proses tajuk disertasi&perbincangan.. Sambil-sambil tu, lepak kat cafe.. Entah, cafe tu dah macam tak ada serinya.. AI tu dah tak ‘hidup’ macam dulu time ummi&walid belajar.. Rindunyaaaa.. Perasaan ummi juga dirasai walid.. Nanti kak long&adik nelajar kat Universiti Malaya juga ye.. Senang ummi nak tengok selalu.. Bidang apa, ikut minat masing-masing.. Cuma walid lebih suka kak long mengaji sejarah, matematik hingga ke peringkat tertinggi.. Macam gitu juga dengan adik. Ummi harap, anak-anak ummi tak adalah yang jadi doktor perubatan&engineer, payah nak jenguk ummi&walid bila kami dah tua😦

Abang, ummi lebih suka mengaji di Universiti Makkah@Madinah. Mengimamkan jemaah di Haram&Masjid Nabi.. Menjadi seperti& lebih hebat dari Imam asSudais, imam mukhtabar, al-hafiz, seorang yang sangat cintakan Allah&rasulnya…

Allahumma Amin, ya Allah, makbulkan doa seorang ummi ini🙂
Syukur Alhamdulillah adanya mujahid musleh ini,
Dewasalah sayang sebagai muslim yang mukmin🙂
Doa ummi&walid mengiringi langkah kalian..
Jauhkan mereka dari godaan yang tidak mampu mereka tangani..
Peliharalah mereka dari azab seksa Mu..
Amin..amin ya Allah..

———–********————-
Doa ummi untuk walid: Allah, muliakanlah suamiku ini.. Makbulkanlah&perkenankanlah segala doanya.. Berikan sakeenah&keberkatan Mu.. Amin..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: