My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Bantahan Filem

Mujahid Musleh ummi,

Ketika ini, Nabi yang kita cintai telah dihina oleh kafir yang memang tak pernah puas untuk menghancurkan Islam.. Kali ini dalam bentuk filem..

Apakah tindakan kita?

Ummi hanya mampu menangis kesedihan kerana tidak tahu apakah kejahatan Nabi kita yang membuatkan kafir-kafir ini membenci baginda?

Sungguh ummi tak pernah menjumpai keburukan akhlak baginda. Malah cintanya baginda pada umatnya hingga ke hujung nyawa…

Tapi,kenapakah masih ada yang begitu benci akan baginda?

Kudrat ummi sangat terbatas.. Berniat ingin menyertai himpunan bantahan terhadap filem itu di Masjid Amaniah, Batu Caves selepas Solat Jumaat (14.9.2012) malangnya ummi terlupa.. Benda besar macam tu pun ummi tak boleh nak ingat. Ummi boleh mohon CRK pada guru besar ummi..

Mujahid musleh ummi, jangan jadi macam ummi ye sayang.. Tiada tindakan drastik untuk isu besar sebegini.. Jadi para ilmuwan Islam, yang apabila kita berkata, musuh akan gerun&gentar seperti Sultan Abdul Hamid ll. Jadilah penguasa yang sentiasa takutkan Allah, kelak anak-anak ummi mampu menjadi seperti pemerintah Umar Abdul Aziz..

Apa yang ummi mampu lakukan, hanya post poster tentang himpunan tersebut di facebook selain berdoa&solat hajat, agar pembuat filem dan krew-krewnya ini mencintai Islam walaupun mengambil masa yang agak lama.. Atau, mendoakan aje supaya tindakan mereka yang tidak bertaubat ini mendapat pembalasan yang sewajarnya..

Ayuh, bangkitlah anak-anak ummi menjadi generasi ulul albab..

**********
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran seerahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran…

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya..

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya Engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah,
Kami umatmu..
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
&
Kami cuba mengamalkan sunnahmu

Kami sanjung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah&Rasul sebagai pembela

[Hijjaz-Rasulullah]

Hayatilah sayang,🙂

20120915-030952.jpg

The Last Sultan Of Ottoman Empire : Sultan Abdul Hamid II

‎(Gambar : “Aku akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengisytiharkan bahawa England sedang menyerang dan menghina Rasul kami! aku akan isytiharkan Jihad al-Akbar!”)

Kisah Disebalik Gambar

Britain dan Perancis sejak lama lagi mahu menghancurkan Daulah Islam Uthmaniah, tetapi istilah ‘Jihad’ masih lagi cukup bertenaga untuk membuatkan seluruh Eropah menggeletar ketika itu. Eropah masih gerun terhadap ‘Orang Sakit Eropah’ (gelaran terhadap Daulah Islam Uthmaniah mutakhir sebelum kejatuhannya). Contohnya, Perancis pernah merancang mengadakan pementasan drama teater yang diambil dari hasil karya Voltaire (seorang pemikir Eropah) yang menghina Rasulullah saw. Drama itu bertajuk “Muhammad Atau Kefanatikan” dan disamping mencaci Rasulullah saw, ia juga menghina Zaid dan Zainab. Sebaik sahaja mengetahui berita mengenai pementasan tersebut, Sultan Abdul Hamid II memberi amaran kepada pemerintah Perancis melalui dutanya di Paris supaya memberhentikan pementasan drama itu dan mengingatkan akan kesan politik yang bakal dihadapi oleh Perancis jika ia meneruskan pementasan itu. Perancis dengan serta merta membatalkannya.

Kumpulan teater itu datang ke England untuk merancang melakukan pementasan yang serupa dan sekali lagi Sultan Abdul Hamid II memberi amaran kepada England. England menolak amaran itu dengan alasan tiket-tiket telah pun dijual dan pembatalan drama itu adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) rakyatnya. Perwakilan Uthmaniah di England mengatakan kepada England bahawa walaupun Perancis mengamalkan ‘kebebasan’ sebagaimana England, tetapi mereka telah mengharamkan pementasan drama itu. England tetap berdegil dan menegaskan bahawa kebebasan yang dinikmati oleh rakyatnya adalah jauh lebih baik daripada apa yang dinikmati oleh Perancis. Setelah mendengar jawapan itu, Sultan Abdul Hamid II sekali lagi memberi amaran :

“Aku akan mengeluarkan perintah kepada seluruh umat Islam dengan mengisytiharkan bahawa England sedang menyerang dan menghina Rasul kami! aku akan isytiharkan Jihad al-Akbar (Jihad yang besar)!”

Britain dengan serta merta melupakan dakwaannya mengamalkan ‘kebebasan bersuara’ (freedom of speech) dan pementasan drama itu dibatalkan. Walau pun Khilafah Uthmaniah pada ketika itu berada dalam keadaan tenat namun ia masih lagi dihormati di arena antarabangsa dan perkataan ‘Jihad’ menggerunkan kuasa-kuasa besar Barat. Sultan Abdul Hamid II masih mampu campurtangan untuk melindungi kepentingan umat Islam dalam urusan global.
Tahukah anda? Pada 3 Mac 1924 sistem Khilafah telah ditumbangkan. Sejak itu umat Islam telah kehilangan satu sistem Agung yang memimpin seluruh umat Islam. Dimanakah usaha kita untuk mengembalikannya? Mengenangmu, Sultan Abdul Hamid II : http://www.youtube.com/watch?v=NGuHYirNkW4 This Is What You Call A Hero : http://www.youtube.com/watch?v=QbWiLUBkWus
by: Hilmi Halim

20120915-032051.jpg

Poster di wall facebook ummi

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s