My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

cabaran dan dugaan

Dalam menenentukan hari ini, semalam dan esok, terpulanglah kepada kita cara dan bagaimana kita mahu menempuh hari-hari tersebut. Ada sesetengah individu merasa “cukuplah untuk apa yang mereka miliki sekarang, kereta, rumah dan kerjaya”. Ada juga sesetengah individu yang merasa masih lagi tidak puas dengan kehidupan yang ada, masih banyak lagi cita-cita yang perlu dirungkai. Masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan demi masa depan yang lebih baik. Namun, dalam pencarian tersebut ianya tidaklah semudah seperti meniti anak tangga dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Adakala kita boleh terjatuh, adakala kita mampu berlari menaiki tangga tersebut atau sebaliknya dan adakala juga kita merasa seperti kita sedang meniti anak tangga namun hakikatnya kita masih lagi berada di dalam mimpi-mimpi indah tersebut.

Mana yang lebih baik sama ada berasa cukup dengan apa yang kita miliki sekarang, atau memilih untuk terus melangkah sambil ditemani dengan cabaran dan dugaan yang mana kita masih lagi tidak pasti kita mampu atau tidak menghadapi dugaan tersebut.

Sekiranya saya mahu kehidupan yang selesa sekarang, tiga tahun yang lalu, dengan peluang yang terhidang di depan mata, sudah tentu saya akan memilih profesion perguruan, menjadi guru j-qaf, mengajar anak-anak murid di sekolah, pulang kerumah dan berehat kemudiannya di hujung bulan menanti gaji masuk ke dalam akaun bank. Tetapi saya telah memilih jalan yang satu lagi bukan kerana saya tidak mahu kehidupan yang selesa sekarang sebaliknya saya memikirkan untuk kehidupan yang akan datang. Seperti yang dinyatakan, dalam menaiki tangga tersebut, kita pasti akan bertemu dengan cabaran dan dugaan. Dari satu sudut, dugaan tersebut semestinya berkaitan dengan soal ekonomi, perahan akal fikiran hatta melawan kemalasan di dalam diri sendiri. Namun satu cabaran yang paling sukar di hadapi ialah bagaimana diri ini harus melihat anak-anak membesar dalam serba yang sederhana, adakala terpaksa menahan diri daripada mendapat apa-apa sahaja yang mampu dimilki oleh sahabat-sahabat mereka yang lain. Sehinggakan sampai satu tahap, saya menyalahkan diri sendiri, mengapalah dahulu aku tidak menerima sahaja peluang yang terhidang di depan mata, mengapa harus pilih jalan begini. Penatnya untuk berfikir setiap hari bagaimanalah untuk mencari sumber kewangan tambahan bagi menampung kehidupan keluarga belum lagi ditambah dengan bebanan fikiran untuk mendapatkan idea-idea bagi menyiapkan disertasi. Agaknya, mungkin setahun dua lagi berwarna putihlah keseluruhan rambut saya sementelaah sekarang pun tanda-tanda keputihan tersebut sudah semakin bertambah setiap hari, mungkin agaknya terlampau banyak sangat berfikir.

Walaubagaimanapun, rasa yang tidak-tidak itu akhirnya hilang apabila melihat isteri dan anak-anak sangat tabah dalam mengharungi saat-saat bersederhana ini. Langsung tiada rungutan pun kedengaran di telinga mengenai sebarang kesulitan.saya berasa amat bersyukur kerana isteri sangat memahami dengan kehidupan kami sekarang yang serba sederhana, setiap hari memberi semangat untuk saya terus melangkah ke hadapan dan sama sekali tidak pernah membandingkan saya dengan suami kawan-kawannya yang diceritakan ada setengahnya berkerjaya bagus. Cumanya, isteri selalu berkata sekiranya kami telah mewah sedikit nanti, dia mahu membeli itu dan ini, namun dalam hati saya sudah boleh mengangak isteri cakap sahaja mahu membeli tetapi apabila duit sudah mencukupi mesti dia akan berkata “sayang duit nak beli itu dan ini”. Anak-anak juga pun begitu. Lihatlah Khadiijah Wafi, walaupun basikalnya sangatlah uzur berbanding basikal kawan-kawan jiran sebelah, namun setelah diterangkan bahawa ummi dan walid belum berkemampuan untuk membelikan basikal baru untuknya, dengan spotan dia menjawab “tidak mengapa”. Begitulah Khadiijah Wafi, kanak-kanak yang sungguh memahami.

Akhirnya, saya berdoa semoga kami sentiasa diberi kekuatan untuk terus melangkah manaiki tangga kehidupan, semoga ianya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Saya selalu mengingatkan diri supaya sentiasalah bersabar dalam menghadapi sebarang dugaan, dan terus-meneruslah berfikir mengenai kewangan keluarga, hal-ehwal keluarga dan idea-idea untuk menyiapkan disertasi walaupun ianya sangat berat untuk difikirkan dalam satu-satu masa terutamanya dalam persoalan kewangan.

Terima kasih untuk isteri dan anak-anak sekalian. LOVE YOU ALL SO MUCH..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: