My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

3 hari

Sabtu 15 September 2012

Tadika Sarjana Comel telah mengadakan satu konvokesyen untuk meraikan murid enam tahun pada jam lima petang di Dewan Sk. Chee Wen, Subang Jaya. Khadiijah Wafi telah mengambil bahagian dalam satu persembahan- tarian jepun. Melihat Khadiijah Wafi berkimono sangat comel&klasik.. Tidak sangka, anak ummi boleh jayakan persembahan tersebut&ianya sangat comel!🙂

On the way balik, ummi bagi reward atas persembahan&ianya lebih kepada reward kerana keberaniaan Khadiijah Wafi berada atas pentas membuat tarian jepun di hadapan ramai ibubapa, kawan-kawan&guru.. Khadiijah Wafi bermain di Playground Giant Shah Alam tidak sampai lima minit, ummi mengajak balik&membeli ice cream cone Mac Donald.

Dalam kereta, walid sedang menunggu abang&adik yang sedang tidur lena.. Sebab itu, kami berdua hanya singgah sebentar Giant..

Ahad 16 September 2012

Hari ni, cuti umum Satu Malaysia… Selepas Zuhur, kami ke Amcorp Mall untuk mencari barang yang walid hajatkan.. Oh, Amcorp Mall sudah banyak berbeza berbanding tujuh-lapan tahun yang sudah ditinggalkan. Cuma, pasti ummi akan tersenyum melihat akuatium di pintu masuk tersebut. Mujahid musleh keriangan&excited melihat ikan, starfish di situ.. Ada juga ikan yang macam timun laut pun ada (gamat kot?).. Walid&ummi pernah bergambar di situ.. Mana entah gambarnya tersimpan…

Di Amcorp mall, kami menikmati pengat pisang, goreng pisang sebagai minuman petang. Tak sangkanya sudah ada kedai makan orang melayu ditingkat atas. Kak long pulak ralik meratah asam pedas ikan pari. Ibu pula makan tengahari sebab dia malas nak turun makan di kolej. Kami berjalan-jalan di Flea Market, ramainya orang tidak seperti dulu kala.. Meriah sekarang ni Amcorp Mall.. Susah nak berdating!😉 Setel semua urusan — meneman ibu mencari kerja part time, jumpa kedai yang walid hajatkan cumanya ianya terletak di Maju Junction& ummi juga sempat membeli mug ala-ala vintage dengan harga rm 1.50- sangat murah mungkin kedai tersebut sedang membuat promosi pembukaan yang baru seminggu beroperasi..

Alhamdulillah, sangat kelakar kerana kami keluar memang ngam-ngam dua jam. Parking agak mahal di sana.. 2 jam rm 5, sejam atau sebahagiannya selepas 2jam pertama rm 4.. Alhamdulillah, ngam-ngam masanya…

Isnin 17 September 2012

Ikea- kami bersarapan pagi di sana.. Hanya meehoon goreng, popia goreng, wing goreng (aiyooo, semuanya bergoreng, kolestrol!) air kopi&juga caremel puding.. Ada juga pasaraya yang femes menjual meehoon goreng&popia goreng 99 sen sahaja!

Kami juga tertarik untuk bersarapan sahaja di sana, sebab itu datang pada awal pagi.. Hanya semata-mata nak bersarapan😉

Selepas cuci mata tengok perabot yang ingin dibeli setelah ada bajet nanti, melihat mujahid musleh bermain.. Kami pulang.

———-
Tiga hari yang begitu indah!🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: