My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Bibik

Bibik, lekas ya ambil anak-anak ini.. Ummi mahu tidur sebentar kerana capek baru balik dari kantor.. hihihihi😀

Agaknya, beginilah aku apabila mempunyai bibik.. Dan sering kali juga aku berangan hingga tertidur menyangka bibik yang aku panggil itu telah datang mengambil Ahmad Afkaar disisiku padahal hampir sahaja Ahmad Afkaar terjatuh ke bawah katil apabila aku tersedar yang aku hanya berhalimunan sekejap akibat mengantuk yang amat..

Tersentak melihat Ahmad Afkaar dihujung katil, terus hilang rasa mengantuk yang mengganas sebentar tadi.. Hihihi🙂

Bibik oh bibik😀

______________________________________

mesti best orang yang punya bibik kerana dapat meringankan tugas seorang ummi yang berkerjaya. Aku pula tidak merasa semua itu kerana kekangan kewangan&juga faktor rumah yang tidak sesuai bercampur dengan orang luar..

Time fikiran penat, ingin sahaja mengupah seorang bibik.. Namun, rasanya anak-anak akan lebih rapat apabila ummi&walidnya juga menjadi seorang bibik😉. Semuanya dilakukan bersama-sama.
Anjeku juga sangatlah memahami, tika aku rasa mengantuk bagai dan adakalanya tertidur tanpa anak-anak tidur sekali membuatkan anjeku itu menjaga anak-anak.. Itu belum lagi time angin puting beliung aku datang, mahu tidur awal..makanya, anak-anak semua dibawah penjagaan anjeku..

Begitu juga dengan anjeku, apabila dia mengantuk, aku akan memberi peluang untuk dia melelapkan mata, menghilangkan rasa mengantuk. Tetapi, anjeku ini pasti akan tidur bersama kak long&adik bersama-sama.. Begitu juga dengan abang.. Aku hairan melihat mereka tidur bersama-sama apabila aku terjaga dari tidur. Kuasa apakah itu?

Adanya bibik, urusan rumah&anak-anak terurus dengan baik.. Tanpa bibik seperti kami ini, semuanya dibuatnya secara mana yang sempat.. Kalau anje mandikan anak-anak, aku pulak memakaikan baju.. Kalau anje suap makan anak-anak, aku pulak bermain dengan abang.. Begitulah sebaliknya.. Kalau aku mengemas dapur, anje pulak sibuk bermain dengan anak-anak, sibuk juga memantau turun naik saham&dalam kalut-kalut itu juga, pastilah tumpuan utamanya pada abang yang suka sangat main karen.. Kadang-kadang menyonyot wayar elektrik macam makan lolipop tanpa kami perasan.. Aduhai ~

Begitulah kehidupan kami hingga anak-anak ini dewasa.. Walaupun kami keletihan, kepenatan&pelbagai rasa yang macam-macam ada.. Melihat anak-anak ini dewasa tanpa bibik yang menjadi idaman aku, sungguh rasa puas hati&bahagia kerana anak-anak ini adalah nurcinta kami yang kami doa kepada Allah agar ia membuatkan hari-hari kami terisi indah dengan ragam&keletah mereka..

Sungguh, parenting is superb!🙂

20120921-014916.jpg

Kesemua wayar-wayar di rumah kami telah dibalut sebegini.. Tak ada can lah abang nak ada ‘lolipop’ lagi..hihihi🙂

++++++
kes tragedi baby 8 bulan meninggal dunia ketika makciknya memasak di dapur tanpa perasan si baby tadi menyonyot wayar elektrik membuatkan kami berhati-hati.. Bukan menyalahkan ajal, cuma rasa kesal jika tidak berusaha mengelakkan kejadian yang tidak dingini.

20120921-015512.jpg

Alat pemadam api yang dibeli secara berkumpulan dengan guru-guru sksb selepas menghadiri Ladap tentang keselamatan&kebakaran..
Penceramah dia sangat-sangatlah kelakar&sangatlah best. Ini kalilah, Ladap yang sangat terbaik sepanjang tempoh aku menghadiri Ladap.. Selalunya ia agak membosankan.. Kami memang tergelak besar akan penerangannya hingga ditegur oleh pengawas UPSR..kui kui kui ~ terbaiklah Braian!🙂

++++++
doanya agar kami tidak akan pernah menggunaka alat ini.. Minta dijauhkan daripada mengalami kebakaran seperti yang terpampang dalam akhbar-akhbar&media massa. Kebakaran rumah, tempat kerja mahipun dalam kereta..

Tragedi yang menyayat hati, apabila seorang ibu yang balik dari shift malam, sampai rumah di pagi hari membuatkan si ibu tadi tidur kepenatan hingga terlupa mengisi air dalam water boiler membuatkan water boiler meletup akibat kepanasan yang melampau menyebabkan rumah terbakar. 3 orang anaknya ketakutan untuk mengejutkan ibunya kerana 2hari sebelum kejadian, anaknya telah dimarahi kerana bermain api.. Ibunya terjaga kerana tangisan adik bongsu yang ketakutan melihat api semakin marak membakar dapur. Ibunya yang panik, tidak ingat kunci diletakkan di mana.. Lantas, dengan kudrat yang ada si ibu tadi membengkokkan grill tingkap rumah supaya dapat menyelamatkan anak-anaknya daripada kebakaran.. Ibu tadi yang terkurung dalam rumah hanya sempat berpesan kepada anak-anaknya supaya menjaga ayahnya dengan baik… Manakala kakak sulung, hanya sempat mengucapkan “Selamat Hari Ibu” kerana hari ibu akan disambut lagi dua hari.. Matilah si ibu tadi dalam kebakaran rumah tersebut😦

Bagi aku, ianya adalah ajal.. Cuma, sangat menyayat hati seorang ummi ini.. Kasih ibu hingga ke hujung nyawa.. Sebagai manusia biasa, siapalah kita untuk menghalang maut&kemalangan, tetapi sebagai manusia juga, kita perlu berikhtiar mengikut kemampuan kita..

Ya Allah, jauhkan malapetaka yang tidak diingini..
Matikan kami dalam keadaan husnul khatimah…
Amin..amin.. Amin ya Allah..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: