My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Rakyat didahulukan

Meluat betul apabila menonton berita utama tv3 memaparkan muka datuk ismail sabri yang asyik memberi komen mahu melakukan siasatan terhadap SUARAM yang dikatakan menerima dana dari luar negara sebaliknya dalam masa yang sama datuk tidak sedikit pun menyentuh tentang kenaikan harga ayam yang melampau dalam masa seminggu setengah ini. Atau pun beliau tidak sedar tentang kenaikan tersebut kerana sibuk dengan isu SUARAM setiap hari. Namun lebih bagus sekiranya beliau tidak memberi komen langsung jika komen yang diberi sama sahaja seperti sebelum-sebelum ini.

“kerajaan sama sekali tidak mampu untuk menghalang kenaikan harga ayam dan bersyukurlah kerana harga ayam di Malaysia lebih murah berbanding dengan negara-negara jiran yang lain”

Hari rabu minggu lepas saya ke pasar malam dengan tujuan membeli ayam.. Sekilo rm 7.50.
Kemudiannya pada hari isnin saya sekali lagi ke pasar malam untuk membeli ayam…sekilo rm 7.80
Hari rabu sekali lagi ke pasar malam tetapi tidak membeli ayam namun terkejut badak apabila pertanyaan isteri kepada peniaga mengenai harga ayam dibalas dengan jawapan.. Sekilo rm8.40.

SUARAM,SUARAM,SUARAM…
Oleh kerana ia merupakan satu organisasi yang banyak tidak menyebelahi kerajaan khususnya dalam isu perhimpunan Bersih, maka secara serta merta isu dana menjadi isu yang paling penting bagi kerajaan mengalahkan isu kenaikan harga ayam. Cuba bayangkan jika sebaliknya, sampai kesudah pun isu ini tidak akan timbul. Sabarlah sikit kerajaan yang ada sekarang ini, pilihanraya yang ke13 nanti, kamu semua akan berpeluang untuk duduk di kerusi pembangkang pula..hehehehhe….

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: