My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Library minda

Beberapa hari yang lepas…..

Melihat isteri sibuk menyusun buku anak-anak, baru saya perasan yang jumlahnya sudah boleh dikategorikan sebagai banyak. Alhamdullilah, jumlah yang banyak itu bukan dibeli sekaligus tetapi sedikit demi sedikit. Setiap kali ke kedai buku terutamanya di MPH, pasti saya akan membelikan sebiji buku kepada anak-anak. Soal harga pula jangan dicerita memandangkan kebanyakkan buku yang dibeli merupakan produk yang diimport, maka sekecil-kecil buku pun sudah berharga rm10. Buku terbitan tempatan juga ada terdapat di pasaran, namun kelihatannya anak-anak lebih berminat untuk membeli buku terbitan luar negara. Mengapa? Kerana nama-nama besar yang acap kali ditonjolkan di media, internet semuanya berasal dari luar negara. Sebut sahaja Ben10, Princess, Barbies dan Mermaids, barangkali semuanya sudah melekat diminda anak-anak. Keduanya dari sudut kekreatifan buku-buku luar menarik minat anak-anak untuk membaca. Sejak kecil, saya telah mengajar minda bahawa membaca buku bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, buku tidak lebih sekadar beberapa helaian kertas yang ditulis dan dicantumkan menjadi bab-bab yang amat membosankan. Namun kini, semuanya telah berubah. Saya lihat buku anak-anak dipenuhi dengan berbagai-bagai aktiviti yang adakala tidak pernah terikir pula diminda yang buku tersebut akan sebegitu rupa. Jangan cakapkan anak-anak, saya dan isteri juga adakala berebut-berebut untuk melakukan aktiviti yang terdapat dibuku anak-anak.

Adakah buku-buku buatan tempatan tidak bagus? Kalau saya katakan “ya, benar sama sekali”, nanti semua penerbit-penerbit tempatan akan marahkan saya pula lebih-lebih lagi saya pun belum pernah menulis buku untuk diterbitkan, maka apakah hak saya untuk berkata sedemikian. Namun, sekiranya kita mengambil dari sudut yang positif, apa salahnya kita mengambil idea-idea yang bagus dari luar negara dan gunakan ia di dalam penerbitan buku anak-anak lebih-lebih lagi dalam hal berkaitan agama Islam. Idea yang sama tetapi olahan yang berbeza. Buku-buku terbitan luar negara pun bukannya bagus sangat pun dari segi isi kandungannya. Contohnya, buku-buku animasi seperti princess, mermaids, tidak lengkap sekiranya tiada aksi adegan cium di dalamnya. Begitu juga buku-buku tentang haiwan peliharaan, tidak lengkap isi kandungannya selagi belum dipaparkan dengan gambar babi. Setiap kali membeli buku baru, puaslah si isteri menerangkan kepada anak-anak tentang perkara-perkara tersebut supaya anak-anak tidak beranggapan segala perkara yang dilihat dan dibaca semuanya dibolehkan di dalam kehidupan mereka. Pernah juga kami berdua berbincang, adakah perkara-perkara sebegini sengaja diketengahkan oleh orang-orang barat untuk memesongkan pegangan cara hidup orang islam dan sekiranya ia benar, maka menjadi tanggungjawab kami untuk sentiasa memantau setiap buku yang dibaca oleh anak-anak.

Saya berfikir….

Membaca adalah perkara yang tidak menyeronokkan, namun setelah dipelbagaikan dengan aktiviti-aktiviti, ia menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Dan idea tersebut juga saya cuba aplikasikan di dalam kehidupan kami sekeluarga untuk anak-anak. Khadiijah Wafi dan Aaminah Wafi tidak suka terus mandi setelah bangun dari tido, namun setelah dijanjikan boleh menggunakan Galaxy sejurus setelah mandi, kelihatannya mereka berdua berebut-rebut pula untuk mandi dahulu. Begitu juga ketika waktu makan tengahari dan petang, kelihatan lebih mudah menyuap makanan kemulut mereka keika mereka sedang asyik menonton televisyen.

Kini, saya dan isteri mempunyai satu masalah tentang bagaimana kami mahu menghadkan masa anak-anak yang suka sangat mengadap ipad dan galaxy sepanjang hari dan kami tahu dengan cara menyimpan terus ipad dan galaxy tersebut di dalam kotak simpanan bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya cuba menyediakan beberapa mainan lain sebagai alternative kepada ipad dan galaxy dan baru-baru ini telah membelikan mereka sebuah dapur mainan di IKEA, namun benarlah telahan kami berdua, ipad dan galaxy jugalah yang menjadi keutamaan mereka setiap hari. Oleh kerana itu, saya mengambil keputusan untuk cuba menggunakan idea seperti buku-buku keluaran luar negara yang diceritakan tentang bagaimana menjadikan sesuatu yang tidak menyeronokkan menjadi seronok apabila disertakan dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Cumanya kali ini saya cuba untuk menterbalikkan idea tersebut yang berbunyi begini “bagaimana kita mahu menjadikan sesuatu yang menyeronokkan itu menjadi pendorong kepada melakukan perkara-perkara yang tidak menyeronokkan”. Misalnya, saya membuat syarat, sekiranya Khadiijah Wafi mahu menggunakan galaxy, mesti membaca buku bahasa english dahulu, atau mengemas barang mainan yang bersepah terlebih dahulu dan perkara tersebut harus diulang berkali-kali agar akhirnya ia menjadi rutin harian Khadiijah Wafi. Apabila mahu menggunakan galaxy, dia akan membaca buku terlebih dahulu dan ia sama sekali secara tidak langsung menjadikan buku bahasa english yang sering dianggap sebagai membosankan menjadi sesuatu rutin tanpa disedari. Untuk Adik Aaminah yang comel;) pula, dengan arahan supaya mencium ummi dan walid dahulu sebelum menggunakan galaxy, rasanya itu sudah memadai:)

Beberapa tahun yang lalu…

Saya pernah mengimpikan untuk menjadikan rumah kami seperti library, dipenuhi dengan buku-buku. Dan Alhamdulillah, hasil gabungan buku saya dan isteri, ditambah lagi dengan bantuan buku dari mimi dan atin, bolehlah saya andaikan rumah kami seperti “library minda”. Jumlah buku-buku tidaklah terlalu banyak dan sama sekali tidak boleh menandingi sekecil-kecil perpustakaan pun di dunia, namun dengan jumlah buku yang ada inilah saya berdoa semoga kami sekeluarga sentiasa dekat dengan ilmu, menjadi pendorong untuk sentiasa menuntut ilmu di masa-masa kehadapan dan menyuburkan minda kami agar sentiasa berusaha untuk berfikir, berfikir dan berfikir. Semoga doa tersebut dimakbulkan..amin…

Cumanya saya berfikir, dalam keadaan dunia yang semakin canggih, adakah kewujudan buku-buku masih lagi relevan dalam bidang keilmuan. Lihatlah di internet, lambakan e-book dan bermacam-macam laman web yang menjanjikan pelbagai perbincangan mengenai keilmuan. Begitu juga sekiranya kita menggunakan laman web library universiti malaya, banyak sekali disediakan journal-journal online yang sentiasa di update dari masa ke semasa. Lama-kelamaan, mungkinkah apabila kita melangkah kaki ke library, yang ada di premis tersebut hanyalah ribuan komputer-komputer sahaja, tiada lagi bau-bauan buku seperti sedia kala kini. Bagi saya, malang sekali sekiranya ia sebegitu rupa..

Buku…
Berilah kepada saya sejuta e-book sekali pun, bagi saya ia sama sekali tidak mampu menandingi ciri-ciri sebiji buku yang mempunyai helaian-helaian kertas kerana ia mempunyai sentimental value nya yang tersendiri. Dari kecil, saya diajar dan belajar menggunakan buku dalam bentuk sebegitu rupa, maka ia pasti akan lebih meberi kesan dalam kehidupan saya. Mungkin bagi generasi-generasi kini yang awal-awal lagi telah didedahkan dengan e-book, maka tiada apa yang memberi kesan di dalm hati mereka.

Beberapa minit yang lalu…
Saya melihat anak-anak membesar di depan mata, bermain, bergaduh, menyanyi dan akhirnya tertidur kepenatan. Masa mereka tidurlah membolehkan kita merenung wajah mereka tanpa halangan dan ketika itulah hati kita akan mulai sayu memikirkan tentang bagaimana perihal dan keadaan mereka 20 ke 30 tahun yang akan datang dan ketika dalam memikir itu jugalah saya berdoa semoga mereka sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t. Mungkin tiada harta yang mampu saya tinggalkan untuk mereka, namun dengan sedikit buku-buku yang ditinggalkan, berdoa semoga mereka sentiasa berusaha menuntut ilmu dan menyebarkan kepada insan-insan lain dan akhirnya akan memberi manfaat kepada agama Islam..amin ya Allah…

Single Post Navigation

One thought on “Library minda

  1. Pingback: Rutin yang tidak disedari « My Blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: