My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Didikan anak-anak

Beberapa hari yang lepas, saya ada membaca beberapa komen daripada sahabat-sahabat isteri di facebook tentang persoalan umur persekolahan anak-anak. Saya tersenyum sinis apabila membaca beberapa pandangan yang menyatakan tidak bagus menghantar anak kesekolah pada usia yang terlalu muda kerana khuatir anak-anak akan merasa bosan mengadap silibus yang hampir sama bagi kelas yang berumur 4-5-6 tahun. Ada juga pandangan yang menyatakan lebih bagus menghantar anak seawal-awal usia kesekolah untuk menjadikan anak-anak lebih matang dan tidak kekok dengan institusi sekolah. Sekiranya membaca kesemua komen itu, akhirnya kita sendiri pun tidak akan mendapat jawapan sama ada bagus atau tidak menghantar anak-anak ke sekolah pada usia yang terlalu muda..:)

Begitulah kejadian manusia, adakala kita sentiasa merumitkan perkara-perkara yang mudah. Saya sering menyatakan dalam perkara-perkara seperti usia bila kita mahu memulakan persekolahan anak-anak, jawapannya terpulanglah kepada kita pada usia bila pun. Awal pun boleh, lambat pun boleh. Saya sendiri pun tidak pernah merasa untuk bersekolah tadika, mula mengenali institusi sekolah ketika berusia tujuh tahun, namun lihatlah saya masih mampu untuk ke menara gading dan sekarang sudah separuh jalan untuk mnyiapkan pengajian peringkat master. Bagi yang mahu menghantar anak ke sekolah pada peringkat usia yang terlalu awal, teruskanlah dengan keputusan tersebut. Sekiranya kita asyik memikirkan masalah-masalah yang akan timbul, sampai bila pun kita akan berdiri ditempat yang sama sahaja. Kalau hendak difikirkan tentang masalah, dari awal-awal lagi kami berdua tidak akan menyekolahkan Khadiijah Wafi seawal usia 4 tahun, tidak akan memasukkannya ke tadika Cina, tidak akan bertindak drastik memindahkan sekolah Khadiijah Wafi ke USJ yang kedudukannya jauh dari rumah, memasukkannya kesekolah yang yurannya dua kali ganda berbanding tadika-tadika yang lain.

Namun masalah-masalah yang membelengu di dalam pemikiran kami sebelum berkeputusan menghantar Khadiijah Wafi kesekolah akhirnya tidak pun timbul-timbul..

Sebaliknya, Khadiijah Wafi sangat suka kesekolah. Dua hari yang lepas ketika menyiapkan homework subjek bahasa cina, terdapat beberapa perkataan yang Khadiijah Wafi tidak tahu akan maksudnya. Bertanya kepada ummi dan walid, lagilah tercengang kami melihat huruf-huruf yang berkotak-kotak sebegitu. Akhirnya, Khadiijah Wafi berkata “takpelah, tak payah buat dulu, nanti esok kak long tanya kat Miss Sherly je.” Dari itu, maka ketahuanlah kami bahawa sistem sekolah di TSC tidak pernah memarahi nak-anak yang tidak menyiapkan homework, dan yang keduanya kami tahu bahawa Khadiijah Wafi seronok belajar di TSC dan tidak menghadapi sebarang tekanan.

Hakikatnya, seusia mana pun kita mula menyekolahkan anak-anak, yang pasti didikan harus bermula sebelum dari hari pertama mereka bersekolah lagi. Dari dalam kandungan, selepas dilahirkan, membesar, remaja, dewasa hinggalah ke nafas yang terakhir, proses pembelajaran masih lagi berlangsung. Secara formal di sekolah manakala secara unformal di rumah dan terpulanglah cara didikan sebagaimana mahu diberikan kepada anak-anak, ala-ala tentera ke, bersifat liberal ke, fun system ke, namun kesemuanya mestilah berasaskan kepada Islam. Persoalannya bagi setiap ibu bapa, adakah mereka telah memberikan didikan yang terbaik untuk anak-anak..

Dua hari lepas, saya telah menyelesaikan yuran Khadiijah Wafi sebanyak rm580 (rm290 for october fee dan lagi rm290 untuk bayaran awal pendaftaran untuk tahun hadapan). Maknanya, Khadiijah Wafi akan bersekolah di Tadika Sarjana Comel lagi tahun hadapan. Kami juga bercadang untuk menyekolahkan Aaminah Wafi tahun hadapan di TSC, namun malangnya TSC USJ 21 tidak menawarkan pembelajaran untuk anak-anak yang berusia tiga tahun. Saya cuba merequest untuk memasukkan Aaminah Wafi ke dalam kelas 4 tahun, dan perkara tersebut akan dibincangkan semula oleh mereka nanti. Sekiranya mereka bersetuju, maka bermulalah persekolahan Aaminah Wafi tahun hadapan..:)

Ahmad Afkaar Wafi pun sebegitu, sekiranya kami merasakan dia sudah cukup boleh untuk bersekolah pada usia tiga tahun, maka bersekolahlah dia…namun apabila kami berdua berbincang tentang usia Ahmad Afkaar Wafi yang baru berusia 2 tahun 2 minggu ketika mula menjejakkan kaki ke institusi sekolah, kami berdua tergelak besar.:) Dari segi kiraan tahun sememangnya Ahmad Afkkar telah berusia 3 tahun pada tahun 2014, namun dari segi kiraan bulan, Ahmad Afkaar baru sahaja berusia 2 tahun 2 minggu…tidak mengapalah abang, dua tahun pun apa salahnya jika sudah bersekolah sekalipun sekiranya walid dan ummi yakin abang boleh…

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: