My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Air-tite

Apa kebendanya air-tite ni? Penting sangatkah benda ni sampai harus ditulis di dalam blog?

Dua tiga minggu yang lepas, saya dan family telah ke Amcorp Mall semata-mata untuk mencari air-tite ni. Cari punya cari, akhirnya dapat juga berjumpa dengan pembekal air-tite, kiosknya yang penuh dengan wang dan syiling lama berkedudukan betul-betul berhadapan dengan pasaraya Giant. Alhamdullilah, namun dia telah menyuruh saya terus datang ke kedainya di Maju Junction kerana stok air-tite hanya ada di kedainya…tidak mengapalah, sekurang-kurang saya telah mengetahui di mana mahu mendapatkan barang tersebut….

Dua tiga minggu sebelum ke Amcorp Mall, saya telah mengoggle di internet dimana mahu memperolehi barang tersebut. Malangnya, google punya google, hanya web site luar negara sahaja yang menjual barang tersebut. Di antara laman web tersebut ialah :

http://www.air-tites.com/air-tite_coin_supplies.htm

http://www.airtiteholders.com/

Di web ebay ada juga, taip sahaja perkataan air-tite, melambak-lambak penjual dan pemborang yang menjualnya. Namun, saya menolak untuk membeli secara online melalui pasaran luar disebabkan dua faktor. Pertama, dari sudut kebolehpercayaan dan kos shipping. Keduanya, dari sudut kebolehgunaan air-tite tersebut sama ada ianya benar-benar memenuhi ciri-ciri yang saya mahukan. Sekiranya sebaliknya, maknanya saya hanya membuang duit sahaja membeli melalui laman-laman web tersebut.

Laman-laman web di Malaysia, forum-forum di Malaysia sama sekali tiada perbincangan tentang air-tite, dimana mahu membelinya, berapa harga. Nothing..Oleh kerana itu, atas rasa tanggungjawab sosial dan mungkin ada juga individu-individu lain seperti saya yang terpaksa bersusah payah mencari pembekal air-tite di Malaysia, maka wajar saya menulis post tentang air-tite ini.

Oh iye, apa kebendanya air-tite ini? Mengapa ia sangat penting di urusan seharian saya?

Air-tite adalah tempat untuk menyimpan wang syiling sama ada syiling emas, perak dan lain-lain. Beberapa tahun yang lalu, saya ada membeli beberapa syiling emas di UOB bank dan saya berhasrat untuk menjual semula syiling emas tersebut tetapi ianya tidak diterima semula dengan alasan tidak lengkap tidak mempunyai air-tite. Baru saya tersedar yang kebanyakkan air-tite asal kepada syiling-syiling emas tersebut telah pun hilang dan ada sebiji yang telah retak. Oklah, kepada individu-individu yang mahu mendapatkan air-tite, bolehlah ke kedai seorang taukeh Cina ini di Maju Junction. Alamatnya ialah :

Numis Coins and Notes
LG-22&23, Maju Junction Mall,
1001 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : 03-26910933

Harganya pula dalam rm2 sahaja menurut uncle Raymond Chang. Saya belum berkesempatan untuk kesana, sekiranya ada masa terluang, mungkin akan pergi juga satu hari nanti dan berharap semoga air-tite yang terdapat disitu benar-benar memenuhi ciri-ciri seperti yang saya mahukan…

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: