My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Arahan

Anje sering mengatakan yang aku sering&suka memberi arahan.. Walaupun ianya perit di telinga, sakit di hati&adakalanya boleh membuatkan pergaduhan, aku berpendapat itu adalah lumrah dalam sesebuah pernikahan.. Cuma, aku sering jauh hati kerana setiap arahan atau suruhan, mesti aku akan sebut ” anje TOLONG sayang dot…dot..dot ” adakah jika kita sebut perkataan TOLONG itu dikira sebagai arahan???

Atau mungkin juga, sebab selalu meminta tolong membuatkan ianya menjadi geram dalam diri anje? Hahaha🙂 maaflah anje sebab sayang memang suka minta tolong walaupun pada perkara yang remeh😉

Atau mungkin juga, aku yang mengambil kesempatan atas sikap ringan tulang anjeku itu? Ohooo, harapnya ini tidaklah kot😉

Ada banyak kemungkinan boleh berlaku…

Sometimes, aku pun terasa juga seperti diarah itu&ini, cuma pemikiran&hati aku sering menidakkan itu bukan arahan tetapi lebih kepada meminta pertolongan walaupun tiada perkataan TOLONG keluar dari mulut anje.. Aku berpendapat, dalam kehidupan kami yang masih ada anak-anak kecil, kekerapan memberi arahan memang sentiasa berlaku. Terpulang pada diri sendiri sama ada nak diambil sebagai ala-ala orang suruhan a.k.a kuli batak atau lebih bersifat bertimbang rasa dalam menyempurnakan tuntutan harian.

Selagi mana kita berpasangan, berkongsi rasa&duduk dalam lafaz ijab kabul… Selagi itulah arahan&suruhan akan terus kedengaran kerana kehidupan itu yang terhampir dengan kita. suka atau tidak, kenalah terima. huhuhuhu ~😉

So, kepada yang tidak suka arahan daripada isteri (orang selalu beranggapan queen control)&tidak suka menerima arahan suami (orang selalu beranggapan kuasa veto), silalah jangan bagi komitmen pada ikatan perkahwinan. Baik pergi hidup single menyingle, bujangs ok-barulah boleh ikut arahan diri sendiri sahaja, barulah tiada kedengaran minta tolong menguruskan hal kekeluargaan.

To my lovely anje,
Thanks for everything🙂
Sayang anje🙂

20121007-225626.jpg
couple ilmiyyah🙂
suka gelaran tersebut..
Suka juga gambar ini..
Berseri rasa sebab tengah pregnantkan adik🙂

__________________________________________________

Mujahid Musleh ummi,
Ummi&Walid bukanlah perfect match..
Bukan juga Loving couple..
Cuma,
Kami adalah puzzle,
sering merasakan tanpa salah satu daripada kami
Ianya adalah tidak lengkap, lopong..
Sepi….sunyi…
& kalian,
Adalah puzzle yang mencantikkan lagi
Cinta di hati kami..
Terima kasih🙂

Ya Allah,
Semoga cinta dalam hati kami
Membawa kami ke JannahMu..
Amin..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: