My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Rutin yang tidak disedari

“Walid, sebelum tengok galaxy boleh tak kak long baca book dulu?”
Hati saya berbunga-bunga apabila mendengar pertanyaan sedemikian daripada Khadiijah Wafi. Nampaknya segala perancangan untuk melaksanakan misi seperti post sebelum ini sedikit demi sedikit telah mendatangkan hasil. Namun, langkah tersebut harus diteruskan dan yang pasti setiap hari kami harus sentiasa belajar mencari cara terbaik untuk mendidik anak-anak mengikut kesesuaian umur dan tahap pemikiran mereka. Ahmad Afkaar pula sekarang semakin aktif, tidak reti duduk diam, kurang tidur dan yang pasti bila melihatnya aktif sebegitu, kami berdua menjadi sangat terhibur, tidak perlu lagi mencari hiburan yang lain terutamanya rancangan-rancangan televisyen. Saya berfikir, dalam dua tiga hari ini, televisyen di rumah ini rasanya tidak ber”on” pun. Cumanya apabila Ahmad Afkaar terlampau aktif adakala ia menimbulkan kerisauan kami juga, misalnya salah satu tabiatnya ialah dia suka sangat pergi ke tempat yang ber”karen”. Wayar sambungan ke televisyen ditarik-tariknya, pengecas ipad dan galaxy dikolomnya seperti gula-gula dan semalam dia sudah memberanikan diri berdiri sambil melepaskan tangan tanpa sokongan pautan. Maka oleh sebab itu, kami berdua terpaksalah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ingin sekali rasanya kami membelikannya walker agar dia tidak boleh lagi melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dalam masa yang sama menjamin keselamatannya. Namun, apabila difikir-fikirkan semula, kami membatalkan hasrat tersebut dengan berpendirian biarlah Ahmad Afkaar melalui zaman-zaman indah baby sebegitu rupa, melihat dia seronok sebegitu tidak sampai hati mahu membataskan pergerakannya kemana-mana sahaja dia mahu pergi. Apabila kami mengambil keputusan sedemikian, maknanya kami tidak ada pilihan lain selain daripada mengawasi dan meng”ekor”nya kemana-mana dia mahu pergi..

Kemudiannya, saya berfikir andai kata Allah s.w.t memberi pilihan kepada kami berdua dan mesti memilih salah satu sahaja, apakah pilihan kami?
Pertama : Allah s.w.t memberi kehidupan kami seperti sekarang, tidak kaya, kais pagi makan seminggu, tetapi dalam masa yang sama kami dihidangkan dengan keriangan anak-anak di depan mata.
Kedua : Kehidupan kami bertambah kaya (tahap jutawan), tetapi dalam masa yang sama anak-anak ditimpa musibah kesihatan yang tidak baik, atau lebih dasyat nyawa salah seorang daripada mereka dicabut awal sebelum kami…

Kalau boleh sememangnya kita mahu memilih yang baik-baik sahaja. Dan yang tidak baik itu sama sekali kita tidak mahu hadapinya tetapi inilah lumrah yang perlu kita hadapi. Lihatlah penyanyi tersohor tanah air, sejak berkahwin kekayaannya semakin bertambah sehinggakan mampu membina sebuah masjid di utara tanah air, tetapi dalam masa yang sama sampai sekarang pun masih belum dikurniakan dengan cahaya mata. Begitu juga semasa saya berjalan-jalan disebuah pasaraya, kelihatan sebuah keluarga yang sedang bershopping bersama anak-anak yang ramai. Mereka bukanlah terdiri daripada sebuah keluarga yang berada, tetapi mereka sangat gembira, bergurau sesama mereka..

Akhirnya, saya bersyukur dengan kehidupan yang saya ada sekarang, namun dalam masa yang sama ia tidak sama sekali menjadi penghalang untuk kami berusaha mencari kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Ada juga pasangan suami isteri yang mempunyai anak yang ramai dan dalam masa yang sama memperolehi rezeki yang banyak dalam bentuk kekayaan. Dan yang pasti salah satu daripada pasangan tersebut adalah kami..:)Bukan sekarang, mungkin tahun hadapan, atau tahun lagi satu, tidak kira bila pun yang pasti kami akan sampai juga. Bak kata isteri “Pegang bara api, biar sampai jadi arang”. Amin.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: