My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

idea

Seperti biasa, waktu-waktu begini saya sampai di sekolah Khadiijah. Jam menunjukkan pukul 11.56 pagi, beberapa minit lagi Khadiijah Wafi akan pulang dari sekolah. Sedang asyik mengelamun, saya di sapa oleh seorang wanita berbangsa Cina, lingkungan umur 40-an yang pada kiraan saya bekerja di pejabat di deretan yang sama dengan TSC.

“Anak you bersekolah di sini kan? Nanti tahun depan mahu hantar dia di sekolah mana?

Saya menjawab : “Anak saya baru berumur 5 tahun, ada lagi setahun bersekolah disini. Selepas itu, kalau anak saya boleh bertutur dalam bahasa Cina, saya akan sekolahkan dia sekolah Cina, kalau tidak, mungkin sekolah biasa sahaja”

“Kenapa?” Saya bertanya kembali.

“Saya kagumlah tengok dia seorang sahaja pelajar Melayu sekolah di sini”

Saya terkedu dengan jawapan tersebut. Adalah sedikit rasa bangga:.)
Tetapi saya kembalikan semula rasa-rasa tersebut kepada kebesaran Allah s.w.t yang telah memberi kami idea dan kekuatan untuk menghantar Khadiijah Wafi ke tadika Cina. Saya mula berfikir, jauh disudut hati berkata sungguh tidak menyangka ada juga mata yang memerhati kami setiap hari ke TSC. Dan alangkah baik sekiranya yang memerhati itu adalah masyarakat Melayu seterusnya secara tidak langsung memberi idea kepada mereka untuk menuruti jejak langkah kami menghantar anak ke TSC.

Persoalan meniru idea atau tidak itu perkara kedua. Kami tidak kesah pun sekiranya ada sesiapa pun meniru kami dalam hal ehwal mendidik anak-anak. Kerana apa? kerana bagi saya segala idea yang kita dapat adalah milik Allah s.w.t. Kita hanya sebagai wasilah untuk agar idea tersebut dapat diaplikasi kepada insan-insan lain. Kita sama sekali tidak boleh mengaku idea-idea yang timbul dalam kotak pemikiran adalah milik kita dan orang lain tiada hak untuk meniru idea tersebut. Namun saya amat pantang sekali, sekiranya ada sesetengah individu yang mempertikaikan idea-idea yang kami lakukan dengan berbagai-bagai alasan tetapi akhirnya lama-kelamaan mengambil idea tersebut dan mempraktikan di dalam kehidupan mereka.

Adatlah manusia, ada sesetengah individu dan termasuk diri yang menulis ini adakala sememangnya suka mempertikai akan apa sahaja yang orang lain lakukan. Tidak baguslah dia buat begini dan begini, Kalau buat begini lebih bagus daripada buat begitu, cara begini tidak sesuailah dengan cara kami.
Hakikatnya, setiap individu dan keluarga ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak dan kita sama sekali tidak ada hak menyatakan cara yang orang lain lakukan adalah salah dan juga sebaliknya. Cumanya kita haruslah bersifat terbuka, saling menerima dan memberi pandangan.

Akhirnya, saya berdoa semoga kami sekeluarga dijauhkan Allah s.w.t. daripada sifat hasad dengki, rasa iri hati dan seterusnya dijauhkan daripada manusia-manusia yang bersifat tersebut sama ada namapak atau tidak. Amin.

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

1. Say: I seek refuge with the Lord of An-Nas.
2. The King of An-Nas.
3. The God of An-Nas.
4. From the evil of the whisperer who withdraws.
5. Who whispers in the breasts of An-Nas.
6. Of Jinn and An-Nas.

________________________________________________

20121012-144324.jpg

Khadiijah Khairana Wafi binti Mohd Hairulhazan
Memulakan pengajian formal pertama pada usia empat tahun di Tadika Seri Gemilang, Subang Perdana

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: