My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Alhamdulillah II

Tergerak hati untuk menulis sedikit tentang entri yang anje tulis sebelum ini -Alhamdulillah..
Dan semestinya pasal anak kesayangan kami yang semakin dewasa&mendidik kami juga.

KHADIIJAH KHAIRANA WAFI

Apabila kami telah mengajar ungkapan alhamdulillah menggantikan ungkapan ” nasib baik, kalau, selamat ” maka kami yang terbiasa dengan perkataan tersebut memang sering ditegur. Adakalanya geram juga bila mulut mungil itu menegur kami tanpa beralas (of courselah tak beralas sebab anak-anak si ahli syurga ini, menegur daripada hati). Suka tak suka, kami telanlah ‘peria’ yang pahit itu😉

Secara automatik, Khadiijah Wafi memang akan menegur even kami berdua berborak sesama kami..eh, sempat juga dia menegur walaupun sedang sibuk bermain.. Memang terasa bagai diperli tetapi kami berpendapat, anak-anak seusianya, manalah tahu erti perli-memerli. Makanya, kami sering mengucapkan terima kasih atas teguran tersebut.

Menjadi ummi&walid bukanlah perkara yang senang&cincai.. Ia lebih berbentuk kepada pengajaran yang berbalik kepada diri sendiri.. Lantunan bayangan daripada cermin. Jika kami menegah, perlu adanya reason@sebab yang kukuh kenapa&sebab apa tegahan&larangan itu diberikan. Bercakap dengan anak-anak hingga jenuh sampai rasa geram timbul pun, mereka masih lagi mengulangi tegahan tersebut. Semestinya soalan ‘sebab apa?’ dijawab berulang kali hingga terasa dalam hati ni “aduhai, nak cakap berapa kali baru faham?”

Hakikatnya, proses pembelajaran anak-anak memang melalui pengulangan yang mana pengulangan ini membuatkan kami rasa kurang sabar&jenuh hingga timbul rasa marah. Mereka juga belajar melalui pemerhatian..kenapa kami boleh&mereka tidak boleh? Sebolehnya, kami cuba mengelakkan untuk menimbulkan perbezaan tersebut. Kalau mereka tak boleh, kami pun tak boleh. Seperkara lagi, proses pembelajaran anak-anak adalah berterusan. Jangan ummi&walid, jangan mudah bosan&putus asa.. Ingatlah, anak-anak itu ahli syurga.. Nurcinta itu adalah amanah Allah. Harta yang tidak ternilai, saham yang besar di akhirat kelak. Jaminan syurga bagi walid&ummi, anak-anak yang soleh&solehah.

Anak-anak ini sifatnya jujur.. Mereka tidak pilih bulu dalam menegur sama ada kawan-kawan, atok nenek, atok nanny&semua yang berada di sekelilingnya. Begitu juga dengan Khadiijah Wafi yang menegur rakannya tentang penggunaan ungkapan ‘nasib baik’- mana boleh cakap nasib baiklah, cakap Alhamdulillah sebab tak kena langgar kereta ~aduhai si anak ini… Begitu juga bila nanny dia cakap nasib baik abang tak jatuh, pasti Khadiijah Wafi menegur, bukan cakap nasib baiklah nanny, cakap alhamdulillah,abang tak jatuh~huhuhuhu😉

Impaknya? Walaupun memang tak ada niat langsung apabila mengajar anak-anak, mereka akan menegur orang lain selain kami.. Jika berlaku perkara tersebut, kami merasa “Allah” sambil menepuk dahi&memang rasa bersalah terutama kalau Khadiijah Wafi menegur ibubapa kami. Maafkan kami ayah mak ayah mama.. Kami tiada pilihan kerana itu yang kami ajari anak-anak ini… Semuanya ingin berbalik kepada Allah swt. Didikan secara islamic walaupun kami menghantar anak ke sekolah cina.

Pilihan kami menghantar anak ke sekolah cina, maka kamilah yang akan gigih berusaha berlipat kali ganda mengajar&mendidik mereka ajaran Islam. Sayangi Addin sekaligus menjadi Islam sebagai cara hidup yang bukan ikut-ikutan atau warisan daripada ummi&walid. Entri sebelum ini, telah dijelaskan, jika kami menghantar anak-anak ke islamic school, tugas mendidik itu menjadi lebih mudah kerana saling bekerjasama dengan tenaga pengajar di sekolah. Ini di sekolah lain, di rumah lain.. Timbullah konsep, muslim&non-muslim… Makanya, banyak lagilah persoalan yang perlu dijawab mengikut tahap pemikiran nurcinta kami.. Belum lagi isu halal haram, perkara sam’iiyat… Bukan mudah ye menjadi ummi&walid yang memilih untuk hantar anak ke sekolah cina. Adanya youtube, siri kartun islam anak indonesia membantu sedikit sebanyak dan yang pasti… Pasti ada soalan yang memerlukan jawapan.. Seusahanya, kami akan memberi jawapan tanpa membiarkan mereka.

Allah..Allah..Allah…
Lindungilah nurcinta kami..
Jadikanlah mereka mujahid musleh yang muslim&mukmin
Amin🙂

20121017-011518.jpg

Antara aktiviti kami- Solat berjemaah di Masjid.
Walaupun anak-anak bermain, memanjat sana sini..

20121017-011654.jpg

Turut serta juga walaupun berkepit dengan ummi&menangis memaut telekung ummi..
Aaminah Wafi juga sering mengacau Afkaar Wafi membuatkan satu masjid dengar tangisannya.

_________________________________

Catatan Ummi:
Ikutkan hati, memang malas nak bawa anak-anak kecil solat di masjid.. Dengan tak reti diamnya bermain, menangis, tak boleh cuit sikit, bergaduh, bercakap macam kat rumah..
Tapi bila mengenangkan proses pembelajaran itu perlu berterusan, nak bagi mereka cintakan Addin Islam…
Malu itu kuredah juga..
Malas itu kucampak jauh-jauh..

Siapalah mereka yang ingin menafikan kehadiran ahli-ahli syurga ini ke Masjid?

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: