My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Alhamdulillah

Setiap perkara di dunia mempunyai aturannya tersendiri. Maknanya sekiranya kita melakukan begini, maka akibatnya akan menjadi begini. Sekiranya kita terjun daripada bangunan 10 tingkat misalnya, akibatnya adalah mati katak. Atau sekiranya kita membawa kereta dengan kelajuan yang maksimum akibatnya kita akan terlibat dengan kemalangan dasyat. Begitu juga sekiranya kita terjun dari sebuah kapal dilautan dalam, maka akibatnya kita akan mati lemas. Namun adakala aturan-aturan tersebut bertentangan dengan logik akal kita. Kita sering terdengar di dada akhbar tentang bagaimana terdapat sesetengah individu yang mampu hidup di tengah-tengah lautan luas setelah kapal yang dinaiki karam dan juga cerita-cerita tentang bagaimana sesetengah individu masih bernyawa lagi walaupun kenderaan yang mereka naiki musnah teruk mengalami kemalangan jalan raya.

Dan peristiwa-peristiwa inilah yang dikatakan oleh kebanyakan orang sebagai nasib baik…
Selalunya orang akan begini ” nasib baiklah dia dapat berpaut pada tempat duduk, kalau tidak dah meninggallah si polan itu”

Kita lupakanlah tentang perkara-perkara yang besar itu, kita pun dalam kebanyakan hal pun sering menyatakan perkataan tersebut. Apabila terlepas sedikit daripada sebarang musibah, secara automatik mulut akan berbicara nasib baik, selamat, kalau dan lain-lain. Mungkin sejak dari kecil, kita sudah terbiasa sebegitu, maka tidak hairanlah ia sudah menjadi suatu yang sebati dalam kehidupan kita tanpa memikirkan betul ke kita bercakap sedemikian rupa.

Oleh kerana itu, saya dan isteri telah sepakat mengharamkan perkataan-perkataan tersebut di dalam kehidupan kami sekeluarga. Kami tidak mahu anak-anak menjadi seperti kami yang boleh sahaja menuturkan perkataan-perkataan tersebut tanpa rasa sedikit bersalah pun. Benar, pada peringkat permulaannya ia menjadi sesuatu yang sukar, namun setelah dipraktikan berulang-ulang kali, sekiranya saya terlupa, isteri akan menegur, isteri terlupa, anak-anak pula yang menegur, akhirnya secara tidak sedar, perkataan-perkataan tersebut hilang di dalam komunikasi kami sekeluarga. Di samping itu, sebagai alternatif kami telah menukarkan perkataan tersebut dengan “Alhamdulillah”.

Dahulu : “nasib baik walid hantar kak long pergi sekolah naik kereta, kalau tidak habis kita kena hujan kat tengah jalan”
Sekarang : “Alhamdulillah walid hantar kak long naik kereta, jadi kita tak kena hujan kt tengah jalan”

Allah, Allah, Allah…lihat perbezaan kedua-dua ayat tersebut, indahnya Islam mengajar tentang pertuturan yang baik. Alhamdulillah, kami mendidik anak-anak dan dalam masa yang sama kami turut berubah sedikit demi sedikit ke arah pertuturan yang baik..

Akhirnya, saya berdoa semoga ahli keluarga saya yang kecil ini mahupun keluarga yang besar dimana-mana pun mereka berada sentiasa berada di dalam rahmat Allah s.w.t.

20121017-013002.jpg

kak long kami yang menjadi guru kami🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: