My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Gegata, Kelopak Garam

2 hari sudah adik aaminah terkena gegata yang amatlah gatal. Habis calar balar badan digaru untuk menghilangkan kegatalan.. Sayangnya, makin menjadi-jadi gegata itu merebak.. Sian kat adik.. Ummi buntu nak buat apa..

Adik kena gegata sewaktu ummi pergi sekolah.. Yang ada kat rumah adalah bonda&nanny. Bonda menyapu econazane bila tengok adik tergaru-garu kesakitan. Dari jauh ummi balik sekolah tengok muka adik bengkak.. Allah, anak ummi kena gegatalah..😦

Ummi bajet, adik tak boleh pakai baju yang jemur dalam rumah. Mesti nak kena jemur bawah cahaya matahari. Musim hujan sekarang ni, jemur kejap kat luar rumah dah hujan.. Matahari pun macam malu-malu nak keluar.. Kesiannyalah kat adik.. Adik pun asyik cakap ummi, sian adik sakit…🙂 hihihihi comelnya bila dia cakap macam tu.. Mukanya pun comel asyik kena cium aje dengan ummi..

Hari ni adik dah sembuh, alhamdulillah, alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur atas nikmat kesihatan adik..

Ummi nak share pelbagai ikhtiar untuk menghilangkan gegata;

1) Sapu Econazane-tak jalan
2) Sapu Minyak yuyi- hilang sikit gegata tapi bila adik garu, timbul semula
3) Sapu kunyit hidup+garam yang ditumbuk lumat-hilang juga gegata tapi bila adik garu, datang balik gegatanya.
4) Sapu Tepung beras+air. Jadikan macam dough, dahtu sapu kat seluruh badan yang bergegata sambil berselawat. Dough yang dah disapu kat kawasan gegata, dibakar pada lilin.-oklah, adik tidur lena malam tu.
5) Bagi minum air kelapa muda yang fresh from buah kelapa.. Walid baca-bacakan ayat alQuran&doa-doa yang nenek ajar melalui telefon. (Surah at-Taubah ayat 14, Surah Yunus ayat 57, Surah an-Nahl ayat 69, Surah Isra’ ayat 82, Surah as-Syuara ayat 80 dan surah al-Fussilat ayat 44)
>; kak long dulu pernah kena gegata yang memang tak baik-baik.. Asal bangun pagi aje ada gegata. Malam hari tak ada pulak. Bawa pergi klinik, doktor kata alahan pada cuaca, persekitaran. Aik? Buntu berikhtiar, akhirnya bila balik segamat, nenek&atok mandikan air keris yang dah dibaca doa sambil nenek terkumat kamit baca doa&memandikan kak long. Syukur Alhamdulillah, hingga kini gegata tak pernah lagi singgah di badan kak long. Minta dijauhkanlah gegata ni.. Amin…
>; jadi, ummi telefon nenek, minta buatkan air keris bila balik Aidiladha nanti. Cuma nenek cakap lama lagi nak balik, kesian kat adik. Nenek suruh bagi minum air kelapa yang dibaca doa sementara nak balik Segamat.
Alhamdulillah, lepas minum tu, memang ada port yang memang timbul dan sukar nak hilang. Tempat lain dah ok.. Maybe itu ‘ibu’ gegata.
6) Minyak angin cap kapak-ikhtiar yang terakhir. Habis badan adik dilumur minyak kapak terutama -kat ‘ibu’ tadi..

Alhamdulillah,sembuh sepenuhnya. Cuma tinggal parut garuan adik sahaja..
______________]]]_______________

Allah,
Sembuhkanlah penyakit berjangkit ini..
Minta dijauhkan daripada penyakit berjangkit yang kembali datang bertandang..
Amin..

Melihat ekzema pada anak rakan di facebook, kesiannya mereka..
Semoga sihat sepenuhnya.. Allah, kasihanilah anak-anak ini.
Amin…

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: