My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Diri

Dulu masa zaman remaja ada mengikuti satu kursus, kalau tidak silap kursus kepimpinan. Bila sebut tentang kursus, tidak boleh tidak mesti dikaitkan dengan ceramah motivasi dan salah satu isi ceramah yang paling saya ingat sampai sekarang ialah tentang personaliti diri sendiri. Mengikut kata-kata penceramah waktu itu, sekiranya mahu tahu personaliti diri seseorang yang sebenar, lihat macam mana bila dia berkeadaan gembira dan sedih. Maknanya, bila dia sedang gembira, masa itulah perwatakan dia yang sebenar dan juga sebaliknya. Dengan perkataan yang lain, waktu-waktu dia sedang bergembira atau sedihlah, dia akan menunjukkan dirinya yang sebenar dan pada waktu itulah baru individu-individu yang hampir dengannya akan perasan tentang dirinya yang sebenar dan mulalah mereka berfikir “oh, dia sebenarnya macam ni rupanya”. Oleh kerana itu, jangan terkejut bagi sesiapa yang sedang dalam emosi gembira atau sedih, perlu diingat, anda sedang diperhatikan oleh saya..:)

Bila sebut soal gembira dan sedih, kedua-duanya sama ada kita sedar atau tidak sangat mempengaruhi kehidupan kita seharian. Bila kita dalam keadaan sedih, masalah sekecil-kecil kuman yang dilakukan oleh individu lain pun akan memberi kesan kepada emosi kita yang akhirnya menimbulkan kemarahan terhadap individu tersebut. Adakah marah itu akibat masalah yang telah ditimbulkan atau pun sememangnya kita mahu marah kerana mahu mengurangkan rasa tekanan sedih yang menyelebungi hati? Begitu juga sekiranya kita dalam keadaan bergembira. Mungkin kerana memperolehi keuntungan, diusaikan sedikit masalah yang menimpa atau atas lain-lain sebab. Dan pada ketika itu kita, secara tidak langsung hati ini akan menjadi mudah sahaja untuk memaafkan kesalahan orang lain walaupun mereka melakukan kesalahan yang pada kiraannya mustahil untuk kita memaafkan.

Individu itu siapa?

Yang pasti bila dalam keadaan sedih, maka yang menjadi mangsa tentulah orang dibawahan kita. Bagi seorang bos, tentulah dilepaskan kepada pekerja-pekerja di bawahnya. Bagi ibu bapa, tentulah kepada anak-anak. Bagi anak yang sulung, tentulah kepada adik-adiknya. Jarang sekali ada pekerja-pekerja bawahan yang tiba-tiba melepaskan geram memaki hamun bosnya, mungkin ada dan yang adalah itulah sudah selamat dibuang kerja. Secara logik, untungnya menjadi orang kelas atasan ini..:)

Dua tiga hari ini, saya menghadapi masalah kewangan yang cukup teruk. Maka, emosi juga menjadi tidak menentu, maka yang menjadi mangsa adalah anak-anak dan isteri. Pantang silap sedikit, maka keadaan marah-marah dilepaskan kepada anak-anak dan isteri. Saya berfikir, adakah sekiranya sekarang saya berada dalam keadaan yang gembira, dilepaskan daripada semua masalah, maka status quo nya akan berubah?

Akhirnya, saya berdoa semoga segala masalah yang membelenggu ini ditiup jauh-jauh agar saya tidak menjadikan anak-anak dan isteri sebagai mangsa untuk saya melepaskan kemarahan. Dan sekiranya masalah-masalah ini masih terus berada dalam lingkungan kehidupan saya, saya berdoa semoga saya diberi kekuatan untuk mengubah situasi bila mana saya dalam keadaan marah, cubalah untuk sentiasa mengukir senyuman dengan teletah anak-anak dan isteri.

“Allah, Dialah Allah Tuhanku, aku tidak menyekutui-Nya dengan sesuatu pun. Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Engkau jua. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah orang yang menzalimi diri sendiri.”

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: