My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Perkembangan Mujahid Musleh

Hari ni, ummi mahu update perkembangan anak-anak yang dicintai🙂

KHADIIJAH KHAIRANA WAFI

Kak long sayang ni, berumur lima tahun lima bulan..
Sudah khatam iqra’ satu, alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..🙂
Iqra’ dua, belum mula lagi..
Ummi yang terlebih seronok…🙂
Sebab, walid dah promise jika kak long berjaya khatamkan setiap iqra’, walid nak bawa tidur hotel! Yeeehaaaa…😀
Tak kiralah hotel bajet atau hotel mewah, janji dapat tidur dalam aircond gitu..
Best tidur berselimut tebal dan berhimpit-himpit…😉

Kak long juga dah pandai mengeja beberapa suku kata walaupun tak lancar..
Kalau dua sukukata, alhamdulillah lancar..
Syukur ya Allah..

Plan walid untuk membuatkan anak-anak suka membaca juga, alhamdulillah berjalan dengan baik.. Cuma kadang-kadang, kami yang terlupa.. Bila diingatkan oleh kak long, ohoooo… Gembira rasa hati ini.. Sebelum bermain, sebelum melihat ipad galaxy, mesti membaca dahulu🙂

Tahniah kak long!
Usaha lagi ye sayang..
Jangan jemu untuk maju ke depan🙂

20121026-113359.jpg

dah lima tahun anak ummi🙂

AAMINAH ADRIYANA WAFI

Adik kecik cumil sorang ni dah baca muka surat dua buku iqra’ satu..
Sedapnya suara dia yang pelat bila membaca… Walaupun agak liat dan asyik nak main aje, tapi oklah kena paksa, mengaji juga walaupun kadang-kadang menangis jugak sebab bacaan lambat habis.. hihihihi🙂

Adik, momen ini ummi akan ingat selalu, sampai ummi tiada..

Adik makin ceria, aktif dan suara semestinya paing terutama bila menjerit! Satu taman dengar suara adik.. Agak garang, kesian kak long dan abang selalu kena mengalah.. Abang, kena redha jelah… hihihi🙂

Ada rezeki, pertengahan tahun depan, adik masuk TSC dengan kak long.. Hujung tahun ni ummi dan walid nak training adik free diapers! Mudah-mudahan semuanya beres dan kurang stress..

Paling best, bila cium adik… Huiyoooo, tak boleh describes rasa sedapnya.. Adik paling bam bam bum😀 suka betul makan, sangat suka makan.. Tidak memilih makanan berbanding dengan kak long, susah nak makan&memilih..

Manja, manja dan manjalah sangat! Anak kesayangan walid, tidur malam, mana walid tidur kat situlah dia berjalan dalam mata terpejam.. Haiyaa, kalah ummi ye dik.. Adik juga masih menyusu badan walaupun umur adik dah mencecah dua tahun enam bulan.. Berkongsi dengan abang🙂 kadang-kadang abang sporting nak berkongsi, kadang-kadang jeles juga🙂 hihihihi…

Rajin membuat sepah dan rajin juga mengemas semula, alhamdulillah.. Adik cakap berlagu-lagu.. Entahlah, macam mana boleh cakap berlagu-lagu, ummi pun tak de idea nak jawab bila orang bertanya.. Adik juga suka menyanyi… Ohooo, pelat suaranya mengalahkan artis!

20121027-102237.jpg

my little lovely princess

AHMAD AFKAAR WAFI

Solehman ummi sekarang ni dah sepuluh bulan.. Gigi makin tajam dan baru tumbuh dua dibawah..
Mula nak bertatih… Walid bajet umur 12 bulan dah boleh berlari😉
Sangat manja, tidur tak lena bila ummi tak tidur sekali.. Itulah masalahnya sebab time abang tidurlah, ummi nak cilok buat kerja-kerja rumah&sekolah..

Sekarang abang selsema dan batuk, risaunya hati ummi..

Abang juga sudah pandai ‘bye-bye’ kan tangannya🙂.. Clap hand.. Skill merangkak pun dah makin superb! Banyak mengalah dengan adik.. Suka sangat bermain dengan adik dan kak long walaupun dua ketul princess ummi tu bukan mahu geng dengan abang.. Siannya abang.. Time mandi bila walid tanya “ siapa yang nak mandi dulu?” princess ummi serentak memjawab “abang!” abang pun terpaksalah redhakan diri… Tak de pilihan ye sayang.. hihihi😀

20121029-152253.jpg

Solehman ummi!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: