My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Korban

Hari ini hari Raya Aidil Adha. Kebanyakan orang juga menyebutnya sebagai Hari Raya Korban. Mungkin kerana banyak lembu yang dikorbankan, maka nama raya pun telah bertukar. Tidak mengapalah, yang penting semua orang gembira menyambutnya lebih-lebih kepada individu-individu yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah s.w.t pada tahun ini. Pada mulanya, kami sekeluarga mahu mengadakan ibadah korban seperti tahun-tahun sebelum ini di Kemboja. Sebahagian lembu, harganya rm250, namun seperti kata isteri walaupun rm250 tetapi nilainya sangat tinggi bagi kami yang kekurangan kewangan pada masa kini. Maka, hasrat untuk melakukan ibadah korban terpaksa dilupakan. Dalam kesedihan tersebut, saya berdoa semoga dengan niat yang ikhlas untuk melaksanakan ibadah korban tetapi tidak mampu, semoga Allah s.w.t membalasnya dengan ganjaran pahala seperti orang-orang lain yang melakukannya.

Sebut soal korban….
Beberapa persoalan yang perlu setiap umat Islam untuk amati bersama.
Sepanjang kita hidup ini, pernahkah kita melakukan pengorbanan untuk insan-insan lain dan yang paling utama untuk agama Islam itu sendiri.
Sekiranya ada, Alhamdulillah…
Sekiranya tiada, cubalah berniat dan memasang tekad daripada sekarang juga untuk melakukan pengorbanan. Pengorbanan bukan hanya dengan menyembelih lembu sahaja semata-mata, tetapi dari sudut yang lain, banyak lagi cara-cara pengorbanan yang boleh dilakukan, mengorbankan masa kita untuk kepentingan orang lain, mengorbankan keringat tenaga dan akal fikiran untuk membuat orang lain tersenyum…

Ingatlah, pengorbanan itu adalah indah.. Pengorbanan itu penghujungnya adalah kejayaan..
Ingin berjaya dalam menuntut ilmu, maka harus korbankan masa-masa muda dengan mengadap buku sepanjang masa.
Ingin berjaya dalam berumahtangga, harus mengorbankan masa untuk diri sendiri.

Allah, Allah, Allah, kami sedar bahawa iman kami tidak sehebat iman nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya sendiri untuk kepentingan agamamu. Kami tidak setabah mereka Ya Allah. Namun, berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan kecil yang datang daripadamu, mudah-mudahan kami tergolong dalam golongan yang soleh dan solehah.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: