My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Tadika Sarjana Comel

3 November 2012 : Sabtu : 9.30 pagi

Parent and teacher meeting.

Penerangan daripada cikgu-cikgu kak long di sekolah membuatkan ummi rasa macam-macam.

Ms Shirley selaku guru kelas kak long banyak memberi komen yang positif cuma menegur mood kak long yang boleh bertukar-tukar tanpa sebab. Kak long juga sangat suka art&dance! Kak long juga cepat belajar sesuatu perkara walaupun banyak hari tidak hadir ke sekolah. Dua hari kak long tidak hadir ke sekolah, tajuk jam, kawan-kawan sudah habis belajar manakala kak long tidak belajar. Jadi Ms Shirley rasa terkejut sebab bila homework diberi boleh siap (of courselah, walid yang ajar) apabila datang sekolah, kak long boleh buat kerja di sekolah tanpa bantuan guru. Dan boleh pula mengajar kawannya..

Ummi memang perhati minat kak long lebih ke arah nombor&art.

Begitu juga dengan Bahasa Cina. Boleh menyebut no 1-30 tanpa gagal. Boleh memahami&membalas sedikit percakapan sesama guru&rakannya. Masalahnya, kak long bila ada ummi&walid, malu nak bercakap! Bila main dengan adik-minda separa sedar jika buat homework seorang, boleh pula terkeluar bahasa cinanya.. Walid juga perhati kak long bercakap bersama kawan dalam bahasa cina ketika menjemput kak long pulang dari sekolah… Jadi, ummi membuat kesimpulan, kak long boleh berbahasa cina jika semua speak in chinese..

Bahasa Malaysia subjek yang paling kak long lemah.. Cikgunya Ms Poh Lin menegur&banyak memberi komen. Anak ummi memang agak lemah&malas nak mengeja. Kalau buat homework bahasa malaysia dengan ummi, boleh menangis! Kalau buat dengan walid, suka sebab walid terus tunjuk jawapan sahaja… Tak payah susah-susah nak mengeja bagai… Apapun, ummi lihat ada peningkatan yang banyak sekarang.. Kalau jalan-jalan, nampak signboard kat tepi jalan, even tak sempat baca habis: setakat sempat baca jaya sahaja (sebenarnya Putrajaya😉 ), ummi dah cukup gembira sebab kami memang tidak paksa kak long untuk belajar bahasa melayu. Serius cakap, tak menguasai bahasa melayu pun tak apa sebab ianya bahasa yang mudah berbanding bahasa arab, cina&english.

Ms Parveen, guru english kak long. Banyak juga memberi komen yang baik. Kak long banyak peningkatan dalam english. Masa separuh penggal haritu, Ms Parveen kata, kak long tak boleh nak catch-up phonic alphabet. Jenuh ummi kena pergi kelas bersama walid supaya ummi&walid boleh monitor kak long time buat homework di rumah. Jenuh juga duduk menyanyi lagu phonic alphabet kat youtube dengan anak-anak🙂
Sangat berterima kasih sebab ummi punya phonic pun semakin baik.. Walid lagi hebat sebab boleh membaca english dengan sebutan yang betul.. Lepas hadiri bengkel tersebut, bertambahlah kefahaman kami akan —-> stick, smiley, long vowel, short vowel, blend vowel etc.🙂

Tahniah sayang!
Lipat gandakan usaha, usaha yang berterusan pasti membuahkan kejayaan🙂

Single Post Navigation

7 thoughts on “Tadika Sarjana Comel

  1. Kristy Ting on said:

    Hi! May I know if your child is still in sarjana comel? Ok tak sekolah dengan cikgu2 kat situ. Sebab saya nak hantar anak saya lat situ tapi ragu2 sebab anak saya langsung tak fasih bahasa cina.🙂 you can email me at dgoofball@gmail.com. Hope to hear from you!

    • hairul2801 on said:

      Hai Kristy Ting🙂

      TSC sangat tip top. Cikgu-cikgu sangat baik dan excellent. Sangat-sangat membantu. Chinese and english memang medium TSC.

      Even my Khadiijah Wafi are one and only malay&muslim, no diskriminasi. Terutama ketika Ramadhan. Mereka menyediakan aktiviti ketika waktu rehat kerana my Khadiijah Wafi berpuasa.

      Mereka sebolehnya akan speaking in chinese, jika tidak faham, mereka akan buat gaya sehingga perbualan antara cikgu dan murid boleh difahami oleh murid dalam chinese.

      2015- my 2nd baby akan ke TSC🙂
      Hopefully dia akan enjoy ketika masa kanak-kanak tanpa paksaan untuk belajar. Fun&Enjoy Learning.

      • kristy ting on said:

        Wah, saya semangat betul lepas membaca reply awak. Kalau macam matematik semua tu dalam bahasa cina, your daughter settlekan sendiri ke, sebab saya pun tak fasih bahasa cina, takut nanti klu ada apa2 saya tak dapat nak ajar, kan. risau jugak..
        sekrg ni dia kat lick hung, steady ka?🙂 thanks for sharing!
        kristy

      • hairul2801 on said:

        Bahasa cina namun ada juga dalam english. Kebanyakkan murid cina juga tidak fasih dalam cina, jadi cikgu guna dwibahasa🙂

        Di Lick Hung memang agak mencabar kerana cikgu akan guna 100% cina. Sesama murid akan speak in english kurang menggunakan bahasa cina sebagai bahasa perantara.

        Huhuhu, exam khadiijah wafi dalam bahasa cina less than 20 mark. Math dia pun begitu, sangat lemah dalam bahasa cina namun rata-rata tahun satu memang begitu jika tidak mengusai bahasa cina dengan baik.

        Tahun depan sekolah Lick Hung akan menyediakan tuisyen selepas waktu persekolahan untuk tahun 2 sehingga jam 3 petang jika tidak ada perubahan perancangan untuk mengadakan kelas tuisyen pada tahun 2. Semoga berjalan lancar pada Khadiijah Wafi.

        Kami sebagai parent juga terasa berat, kami juga membuat homework bersama-sama seperti melihat kamus bertulis dan online. Sebolehnya dan seusahanya tidak akan membiarkan Khadiijah Wafi bersendirian atas keputusan kami menghantarnya ke SJKC.

        Jika ada kemampuan kewangan, boleh memilih program di TSC hingga jam 3 petang untuk membuat homework, art bersama guru. Paling penting guru di TSC sangat-sangat gigih untuk membantu murid menguasai bahasa cina dengan baik. Begitu juga di SJKC Lick Hung.🙂

    • hairul2801 on said:

      Now, my Khadiijah Wafi standard 1, SJKC Lick Hung, Subang Jaya.

  2. Kristy on said:

    Hi!
    Khadijah mesti boleh, no worries! Sebab parents dia begitu supportive sekali.
    Sebab blog hairul2801 ni saya dah enrol anak saya dekat TSC full day program, dah start sekolah hari ni. Umur dia 4 tahun, anak hairul2801 pula umur dia berapa tahun ni ye? Mungkin boleh jumpa kat sekolah!🙂
    Happy new year!

    • hairul2801 on said:

      TSC usj? Anak saya akan masuk februari InsyaAllah jika tidak ada kekangan. Umurnya 5 tahun🙂

      Happy New Year Kristy🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: