My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Ikea

Mata agak kelat nak bangun pagi, sementelah aku tidur jam 4 pagi dan bangun mengejutkan anje sekitar jam 5.30 pagi. Aku terjaga kerana ingin ke toilet ( aku ni pregnant ke sebab asyik buang air kecil aje-itu aje yang selalu bermain di fikiranku kerana kekerapan membuang air kecil.. Haish, belum masanya Syadatul Azura! ) ;p

Bangun jam 7pagi, melihat pakaian yang dibasuh sudah tersedia untuk disidai.. Mata yang kelat memaksa aku untuk tidur semula memnadangkan mujahid musleh tidur lena.. Dalam hati ni, tak payahlah pergi Ikea, malas+mengantuk yang amat! Ohoo, bila anje terjaga dari lena, aku pun cakap malas nak pergi Ikea tapi anje lebih kepada untuk menunaikan janji&permintaan Khadiijah Wafi.. Aku pun termangu, alahai~~~

Tup..tup.. Khadiijah Wafi bagai yang diseru sudah terbangun&menangis.. Disangkanya sudah petang kerana dia tidur lama&terlepas untuk ke Ikea.. Macam-macam hal lah sayang… Melihat Khadiijah Wafi sebegitu, mata yang kelat hilang kelatnya😉 Jadi plan ke Ikea ON.. Sidai baju, siapkan mujahid musleh—–>; semua dibuat bersama anje🙂, kami pun ke Ikea.

Rupanya kad Famili Ikea&Smales adalah free, kalau tahu dari awal-awal dulu dah submit jadi member. So, Khadiijah Wafi dah jadi Smales Ikea, minggu depan kena ambil gambar untuk buat pasport Ikea.. Kami juga telah mendaftar sebagai Famili Ikea, lagi empat minggu dapatlah kad original🙂 ikutkan, memang dah banyak point yang boleh dikumpul sebab asyik bergebang di Ikea bila weekend… adik&abang belum cukup umur untuk jadi smales ikea, tunggu empat tahun.

Alkisahnya, kami mendaftar untuk mendapat harga member yang murah berbanding non-member untuk pembelian meja dapur ( huiyooo, siapa tak nak kalau perbezaan dia memang ketara—–>; non-member Rm395 manakala member Rm295) jimat rm100 gitu🙂 Tapi tak beli pun sebabnya mujahid musleh ada, kotak tak muat nak sumbat dalam ‘alphard’ hahaha😉 Next time nak beli, mujahid musleh kena tinggal kat rumah… huhuhu~

___________________________________________

SampaI Ikea;

Kami menunggu Khadiijah Wafi bermain kat playground Ikea.. Hanya 10 orang untuk tempoh sejam dalam kawasan tersebut.

Memandangkan Aaminah Wafi&Afkaar Wafi menunjukkan tanda ‘protes’ sebab tak dapat join, kami membawa mereka ke tempat pameran bilik tidur.

Beratur membeli makanan——>; kuew teow goreng, popia goreng, wing goreng&dessert. Free drink bila kita mendaftar menjadi member🙂

Bawa mujahid musleh melihat bakal bilik tidur mereka (doa ummi&walid, dapatlah merealisasikan impian mereka.. If tak berjaya, ketahuilah sayang-sayang ummi, kami telah cuba sedayanya)

Cuci mata sekejap aje, ala-ala melepaskan mata bershopping gitu.. Beli mangkuk untuk mujahid musleh (dari bayar parking kereta, baik beli barang&dapat free parking)—->; dulu sekali masuk rm1, sekarang ikut masa.

Redeem dua coupon icecream yang dapat bila Khadiijah Wafi menjadi ahli Smales. Beli roti sosej&karipap satu sahaja yang dikongsi bersama.

Hampir empat jam di Ikea, kami pun pulang🙂

Weekend yang best!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: