My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Restaurant, Restoran Top Seafood

Anje dah lama teringin nak makan siakap stim.. Bila anje teringin, aku lagilah bebanyak teringinnya😉 Survey punya survey melalui blog orang&bertanya pada kawan-kawan, akhirnya aku pilih Restoran Top Seafood kat pinggiran subang berdekatan dengan sekolah aku🙂
Ramai kawan-kawan sekolah mengatakan restoran ini sedap sampai ngencis dibuatnya😉

So, malam semalam setelah menghantar ameer ke stesen bas, membawa adik Aaminah&abang Afkaar berjalan, kami dating berdua menghangatkan malam yang disimbahi hujan lebat ke restoran tersebut.. Ya, dating berdua sahaja mengalahkan anak muda dilamun cinta! :p

Tentu sekali hidangan yang dipesan adalah siakap stim (halia-limau-asam boi)—-> kami pilih siakap stim limau, tomyam udang galah, kangkung goreng belacan. Minuman pula kopi panas&fresh oren. Cukuplah nasi hanya sepinggan sahaja memandangkan aku mahu meratah lauk, kalau makan nasi sudah semestinya kenyang yang amat..

Servis bagus, waiter pun baik… Walaupun menunggu agak lama memandangkan hujan di luar, kerusi meja tak boleh nak duduk, dalam restoran penuh orang! Kami berpuas hati dengan hidangan yang terhidang di depan mata.. Memang sedap&pada yang tak tahan pedas macam aku, alamat makan bersulam airlah.. Next time, minta kurang pedas&pasti akan datang lagi restoran ini🙂

Oh ya, aku pun memberi senyuman pada anak didikku di sekolah yang sedang makan bersama keluarganya. Memang kawasan sini adalah port kawasan anak didik&rakan sejawat, maklumlah, promosi dari mulut ke mulut membuatkan restoran di situ menjadi kebamboooom!

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah, tanpa disangka, ibu kepada anak didikku telah membayar hidangan yang kami nikmati semalam. Walaupun ibunya menegur aku&aku tersipu malu ” cikgu, izz cakap ni cikgu bahasa arab izz… Dulu anak saya selalu fail Bahasa Arab, tak suka bahasa arab, sekarang anak saya suka bahasa arab&markah dia pun dapat A ”
Sungguh terharu bila diberi penghargaan sebegitu oleh ibu pelajar.. Sungguhlah terasa hilang penat mengajar.. Sungguh indah ayat tersebut daripada bergelar guru cemerlang.. Hakikatnya guru cikai ini, sungguh rasa bahagia dengan ungkapan tersebut, sang ibu tadi menterjemahkan dalam bentuk belanja makan. Kalaulah waiter tidak memberitahu, si guru cikai ini tidak termangu&blushing mukanya apabila diberitakan si ibu tadi telah membayar harga hidangan tersebut..

Allah, rezeki Mu ada di mana-mana tanpa disangka-sangka..
Dan betullah doa dhuha itu🙂


__________________________

Sempat membawa mujahid musleh round Shah Alam usai dating menikmati hidangan enak di Top Seafood.. Biarlah mereka dalam kereta beraircond.. Esok pagi, kami bercadang membawa mereka ke Ikea😀

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: