My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Mengaku&Maafkan

Tengah malam tadi baru teringat yang atin bersekolah pada sesi pagi keesokannya, pulak tu terlupa nak bagitahu anje, kurang-kurang bolehlah cari penyelesaian..
——> kak long ada party esok, sekolah habis jam 11.15
——> so, macam buang masa kalau berpatah balik Shah Alam-Usj.
——> adik&abang, siapa pula nak menjaga? (babah derang, boleh ke?)

Malam tadi tidur tanpa ada jawapan sebab tak sempat nak discuss dengan anje.. Pagi tadi baru bagitahu, dahlah bangun jam 6pagi (nak goreng nuget, stim sosej, siapkan anak2&barang untuk bertolak sama-sama, sempat ke? Tawakal jelah) memanglah salah aku jawabnya.. Oh, anje pun agak berangin.. Jalan yang terbaik MESTILAH mengaku salah&meminta maaf. Itulah yang aku buat&dalam masa yang sama hati berdoa, agar janganlah bergaduh di pagi hari kerana ia merosakkan mood ceria.

_________________________

Balik kerja memang agak stress apabila rumah tak berkemas, dapur agak berkecah&kain basuh tak di’wash mashine’kan. Mulalah angin kus-kus bertebaran di sekitar badan 😉 maka, silap sikit, jadilah pergaduhan..Alahai~

Fikir&timbang sama ada nak membasuh baju atau tidak sementelah cuaca yang tidak menentu, anje cakap basuh esok aja memandangkan petang&malam hujan lebat selebatnya. Jadi, setelkan dapurlah dulu. Ohooo, terasa suhu nak marah mencanak kat kepala bila mana periuk nasi direndam sekali dengan nasi yang bersisa.Dah mulalah tu… Maka,

” Anje, anje eh yang rendam periuk ni?” (nada menahan amarah yang ingin tersembur bila tersalah jawapan, hahaha) ——> aku

” a’ah anje yang rendam ” ——> anje

” kenapalah rendam tak bersihkan dulu sisa nasi ni? ” ( dah mulalah nak membebel jika silap gaya jawapan, hahaha) ——> aku

” anje minta maaf sayang, anje lupalah sebab nak cepat tadi ” —–> anje

Aku? Hahaha 😀 terasa anje seorang yang sangat romantik. Pulak dah!
Amarah yang berpusar-pusar tadi terus hilang entah ke mana, aku tersenyum sorang-sorang 😉

__________________end____________________

Pandangan aku, jika kita bersalah lebih baiklah MENGAKU dan MINTA MAAF..
Lagilah pada pasangan kita yang menemani sepanjang perjalanan kehidupan. Walaupun perbuatan tersebut mungkin menjatuhkan ‘saham’ kita (ada orang yang berpendapat sebegitu), namun ianya membawa kebaikan dalam hubungan cinta hati kita, perbuatan tersebut akan sentiasa berulang-ulang selagi hayat masih ada. Kepada pasangan yang menjeruk rasa, MAAFKAN dengan hati terbuka supaya tidak timbul dendam kesumat&perasaan basi di kemudian hari..

Anje,
Maafkan sayang..
Sama-sama melayari cinta ini dengan matlamat mencari Redha Allah..

Allah…Allah..Allah..
Peliharalah hubungan kami hingga ke JannahMu..
Sesungguhnya Suami bukanlah hak mutlak seorang isteri..
Amin 🙂

Advertisements

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: