My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Lesen Memandu

Hari ini merupakan hari kedua saya menghantar isteri ke pusat latihan memandu Metro Driving Kg Melayu Subang. Sementara menunggu isteri belajar memandu, saya pula menunggu di kantin Metro Driving ditemani secawan teh tarik sambil meneliti graf saham untuk hari ini. Sambil-sambil melihat kereta Metro Driving keluar masuk, teringat pula pada pengalaman ketika belajar memandu dahulu. Setiap pemandu di Malaysia pasti ada pengalaman tersendiri ketika mereka dalam proses belajar untuk mendapatkan lesen memandu. Ada cerita-cerita yang kelakar, ada yang confident semasa belajar namun ketika ujian bersama JPJ, kantoi…begitu juga sebaliknya.

Ada juga cerita tentang tenaga pengajar yang sangat garang, buat begini tidak betul, buat begitu tidak betul. Ada juga tenaga pengajar yang sangat baik baik hati yang sentiasa memberi bantuan dan dorongan moral walaupun murid yang sedang belajar langsung tidak tahu apa-apa tentang kenderaan.

Tentang hari ujian juga macam-macam cerita yang sering kali didengari. Ada JPJ yang sangat baik, engine kenderaan termati di tengah jalan pun, di JPJ masih meluluskan. Ada juga JPJ yang sangat strict, ketika di atas jalan raya, matanya asyik memandang sahaja mencari kesalahan si pemandu.

Dan selalunya orang akan berkata, nasiblah pada setiap individu, sekiranya ada luck, maka luluslah pada hari ujian memandu. Betul ke semuanya bergantung kepada luck? Rasanya lebih baik sekiranya perkataan “luck” itu digantikan dengan perkataan “rezeki” agar nampak hubungkaitnya dengan kekuasaan Allah s.w.t kerana yang menentukan setiap sesuatu adalah hak Allah s.w.t.

Namun, ia bukan memberi kelonggaran untuk bersambil lewa dalam melakukan setiap perkara. Setiap perkara harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh, semampu yang boleh, dan sekiranya telah mahir jangan pula membesar diri dan terlalu yakin yang kita akan lulus khususnya ketika dalam ujian JPJ.

Untuk mendapatkan lesen memandu, saya sendiri telah terpaksa mengulang sebanyak tiga kali. Aduhai, kalau ikut rasa hati, malas betul rasanya untuk mengadap si JPJ-JPJ berbaju biru itu, namun oleh kerana mahu mendapatkan kebenaran memandu di atas jalan raya, terpaksalah juga. Kalau ikut sudah boleh memandu, sebelum saya memperolehi lesen lagi, saya sudah memandu secara “haram” di sekitar Kuala Lumpur dan Putra Jaya.

Saya melalui ujian JPJ yang pertama di kelantan. Bukit ok, parking ok, 3 penjuru ok tetapi kantoi ketika pemanduan di atas jalan raya kerana JPJ yang duduk di sebelah adalah seorang wanita yang sangat strict, sedikit sahaja kesalahan sudah menjadi satu yang besar baginya.

Dua tahun selepas itu, saya mencuba lagi untuk mendapatkan lesen, namun kali ini di Lembah Klang. Pada hari ujian JPJ, tiada langsung rasa takut di dalam diri, iyelah, setakat memandu di dalam track pusat memandu, apalah sangat, saya sendiri sudah memandu di sekitar Lembah Klang. Namun, oleh kerana terlampau confident, saya terlanggar tiang parking yang menyebabkan saya gagal di dalam track. Pada sebelah petang, dengan mudah saya telah lulus ujian di atas jalan raya tetapi terpaksa hadir semula pada minggu hadapan untuk mencuba sekali lagi ujian di dalam track.

Hari yang ditunggu telah tiba. Hati berdebar-debar kerana sekiranya ujian pada hari tersebut saya masih gagal, bermakna saya akan terpaksa mengambil ujian untuk kali keempat. Dan bermakna ia merupakan suatu perkara yang memalukan bagi seorang lelaki lebih-lebih lagi sekiranya ia diketahui oleh bakal isteri yang berada di Johor.huhuhuuuu…

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Apabila semuanya telah selesai, hati berasa sangat lega, selega-leganya dan saya fikir rasa lega itu pasti dirasai oleh semua individu-individu lain yang telah berjaya di dalm ujian JPJ. Mahu tahu rasa lega itu bagaimana, hanya orang yang sudah ada lesen memandu sahaja yang tahu akan rasa perasaan tersebut.

Esok, isteri pula akan melalui detik-detik tersebut, dan saya sentiasa mendoakan agar segalanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Untuk isteri tersayang..ALL THE BEST…

Bagi yang sudah mempunyai lesen memandu, apabila terserempak dengan kereta yang sedang dipandu oleh individu-individu yang sedang belajar memandu, tolonglah jangan gelakkan mereka walaupun pergerakan kereta mereka lebih perlahan daripada si siput kerana dahulu pun kita sebegitu juga. Dan bagi individu-individu yang belum lagi mempunyai lesen memandu, bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan ketika belajar memandu kelak..Semuanya akan menjadi pengalaman indah untuk dikenang sampai bila-bila…

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: