My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Lulus atau Kandas?

Alhamdulillah, ummi dengan liatnya telah masuk ke kelas memandu semula setelah kali pertama masuk kelas (24hb December 2011) memandangkan lesen L ummi akan expired pada 21 December 2012. Kalau tak pergi kelas dan ambil lesen P, mahunya ummi kena dengar talk, dan segalanya baru bermula. Paling tak best, duit pun kena keluar lagi.

Jadi, gagahkan diri untuk habiskan kelas dan terus test JPJ, sementara walid memang paksa habis dan memberi sokongan yang sangat tip top ( maklumlah, kalau tidak mestilah walid kena keluarkan duit lagi untuk bayar yuran )

Maka;

Jumaat & Selasa: 16&20 November 2012 : 9.30 pagi-12.30 tengahari manakala
Rabu: 21 November 2012 : 9.30 pagi-1.30 petang, bermulalah misi ummi untuk mendapatkan lesen memandu kelas D. Khamis test JPJ, kelas express untuk selamatkan lesen L ummi🙂

Guru ummi: Kak Nik Zaleha, orangnya agak garang dan tegas. Bukan sembarangan, siap bawa rotan lagi.. Ummi? Memang ada terkeluar air mata, bergenang air mata menahan telinga dan perasaan apabila dimarahi dan dingeluhkan. Terjerit-jerit depan cikgu-cikgu metro yang lain apabila ummi tersalah buat naik bukit, parking dan 3 penjuru. Semasa di jalanraya, ummi asyik dingeluhkan seolah-olah ummi memang tak boleh buat salah walaupun sedikit. Ya ampun, stressnyalah belajar memandu jika bermula daripada zero!

Tiga hari itu, memang medan menguji.. Daripada pegang streng kereta tak pandai, silap haribulan boleh terbabas, asyik dibrekkan oleh kak nik memandangkan ummi bawa kereta ikut asal boleh ummi je😉 dan macam-macam hal lagilah. Memang tak layak pun test JPJ, cuma kak nik sangat positif, dan meyakinkan ummi boleh buat test tersebut.. (kot dalam hati, aiyooo, budak ni!🙂 )

Pegawai JPJ, aduhai… Menyakitkan hati dan telinga.. Macam-macamlah dikata, siap suruh turun lagi tak payah bawa kereta sebab ummi slow bawa kereta waktu dalam trek. Belum lagi keluar trek, belum lagi memandu kat jalanraya, dah suruh ummi bawa laju! Walid pesan, bawa je macam siput, JPJ buat tak tahu aje.. Masalahnya, JPJ ummi bukan jenis lelaki macam tu.. Semua nak cepat&laju. Dapat pulak ummi si siput ni, mahunya kena bambu! Memang nak menangis rasa, kesian cikgu ummi asyik dimengata aje padahal salah ummi.. Bersabarlah duhai hati~
Perjalanan yang singkat terasa berbatu-batu jauhnya! Ketakutan&tak confidentnya membuatkan enjin termati tengah jalan time trafic light berubah hijau.. langgar bonggol tanpa perasan yang ada bonggol, termati kereta tengah jalan, terpaksa masuk gear satu semula..Aduhai~

Ummi lupa nak cerita, yang ummi bawa viva dan ummi memang dah perasan viva memang ummi tak boleh nak bawa dengan baik. Kak Nik pun dah perasan yang ummi tak cekap membawa viva berbanding Kancil. Of course ummi berdoa agar tak bawa viva sewaktu ujian JPJ nanti.. Hohoho~ siap berebut dengan kawan ummi lagi sebab nak tukar kereta bila kancil dan viva beriringan masuk ke trek..

Itu baru cerita kat jalanraya.. Macam mana pengalaman ummi di kawasan II?

Bukit : Oklah.. Cantik tayar masuk.. Turun bukit pun ok… Syukur alhamdulillah, dipermudahkan🙂 Sebab time belajar kereta melorot ke bawahlah, tak masuk tayar, ke depan sangat tayar..

Parking: Senget, tapi masuk dalam kotak parking cuma tak cantiklah parking sengetkan.. Tak puashati betullah, hahaha😀 JPJ siap turun tengok ummi.. Cuak ummi!
Time belajar, parking ummi ok je, tak de masalah.

3 Penjuru: Ini pun entah apa-apa jelah ummi buat.. Asal boleh je& ngam-ngam aje. Dekat sangat kedudukan kereta dengan anak panah keluar!
Time belajar pun, ummi memang tak pandai nak buat tiga penjuru.. Selalunya tak cantik pun tiga penjuru ummi.. So sad!😦

Itulah pengalaman ummi belajar memandu🙂

So, nak tahu tak ummi lulus atau kandas? Agak-agak anak ummilah, ummi lulus ke kandas?
Ummi mestilah kandaskan, dan mesti kena booking balik ujian JPJ untuk minggu depan pulak jika baca ummi punya cerita kat atas..

Tengoklah keputusan ummi kat bawah ni :

20121123-091339.jpg

Keputusan Jalanraya -LULUS

20121123-091445.jpg

Bukit, Parking dan 3 Penjuru -LULUS

🙂 Hebat kan ummi?
Alhamdulillah..

___________________________

Walid- 3x ambil test, baru dapat lesen

Babah- 2x ambil baru dapat lesen

Bonda-3x ambil baru dapat lesen..

Ummi? Ajaib rasanya sebab sekali ambil dah dapat lesen.. Macam tak percaya! Walid pun senyum yang sukar untuk dimengertikan oleh ummi🙂

————> Yeay, minggu depan.. Ummi dah ada lesen memandu..
Nanti ummi bawa kalian makan angin eh, kita ronda-ronda Shah Alam😉
Adik Aaminah jangan nangis taw ( aisey, time ummi belajar memandu kat stadium Shah Alam dengan walid, ada ke patut adik nangis ketakutan! Aishhh, adik ni.. Tak bagi moral support betul, huhuhuhu~)

Akhirnya, Lega!
Alhamdulillah, Alhamdulillha, Alhamdulillah..

nota: jangan lupa puasa nazar🙂

Single Post Navigation

6 thoughts on “Lulus atau Kandas?

  1. lucky girl on said:

    Subhanallah.mmg da hkmhnya la pa yg blaku.even kna mrh kn mulanya.n sya pon hmpir jga da pnglmn mcm 2.tpi problem sya klu drive kt jln rya je sgkut..x tw la sbbnya.dgn cg yg grg..n nw still in 10 hours prctce & mybe 2 hours added!arp2 sya tbh.sya hrp umi doakn sya jga..even sy dh tlalu lwt bc tulusn umi ni..n smuanya klu x kbrtan doakn sya yea.im realy beg on yours.

  2. hairul2801 on said:

    Kepada Lucky Girl,
    Ummi doakan agar segalanya dipermudahkan ketika belajar dan mengambil lesen memandu. Ianya stress tapi manis untuk dikenang🙂
    Pemanduan kita pasti ada destinasi yang ingin dituju dan kita akan pasti berhenti.
    Memandulah dengan matlamat syurga untuk selamat sampai ke ‘destinasi kekal abadi’.
    Doakan bersama-sama bergelar jutawan akhirat🙂
    Salam sayang daripada seorang ummi.

  3. lucky girl on said:

    Alhmdllah.skrang sya dh dpt lsen P..bsyukur pd Allah sbb dpermudahkan-Nya..trimas umi sbb sudi doakan sya..n jpj 2 serius bnyk tlg sya..nw im feel realy calm and hepy..sya juga smpt sruh cg yg grg 2 doakn sya..he’s just smile n say haa(mgkin dia akn doakn kot)papon mmg niat sya nk ambl lsen ni krana Allah..yg pling trharu no 2 hours added umi!n last tQ so much 2 umi 4 ur advice..im realy lucky 4 having umi like umi..Jazakallah:-D

  4. Salam, hehe terjumpa post ummi dan terbaca, sgt menarik, saya baru belajar lgi 4 jam masa untuk blajar memandu, mengalami nasib yg sama macam ummi, belum test JPJ pun org boleh agak saya akan gagal, ummi boleh bg tips sewaktu test JPJ tak? Ummi doakan saya juga lulus macam ummi, niat saya ambil lesen untuk dptkn kerja demi menyara ibu ayah yang dah berumur. :’)

    • hairul2801 on said:

      Ummi doakan agar lulus test JPJ nanti. ummi xada tips yang bagus memandangkan pengalaman ummi sangat tak best time JPJ. cuma memang ummi tak tinggal solat malam-minta bersungguh pada Allah. Maklumlah, sedar yang ummi ni memang resah gelisah dan tak tenang. Doa sangat2 dipermudahkan urusan. Alhamdulillah, berjaya.. cuma sekarang, susahnya nak istiqamah bangun malam. Doakan ummi juga ye🙂

      • ummi terima kasih kerana post ilmu yg bermaanfaat, klu x jumpa blog ummi ni tentu saya x bersemangat nak ambil test JPJ, tentu gagal, hehe terima kasih atas doa ummi.🙂 Ye ummi saya doakan untuk ummi juga. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: