My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Wayang kat Rumah

Kisah ummi dan walid kali pertama tengok wayang ketika ummi pregnantkan adik Aaminah Wafi.
Sebelum tu, ummi tak pernah tengok wayang. Walid memang selalu masuk panggung wayang teman kawan rapat tengok pelbagai filem yang menarik perhatian. Kawan tersebut juga rajin belanja, apalagi, walid pun sukalah.. 🙂

Cerita pertama yang kami tengok ialah Night at Museum 2 di TGV Sunway Piramid. Memang best sangat. Pada ummi, ohooo, bestnya panggung wayang cuma bingitlah. Terasa real bila tengok wayang berbanding tengok tv kat rumah, tambah lagi tengok bersama orang yang dicintai walaupun dalam kepala asyik teringat kak long yang ditinggalkan bersama ibu.. Alahai hati seorang ummi~

Kali kedua bersama kalian.. Itu juga pengalaman pertama kami membawa anak-anak ke panggung wayang. Permintaan kak long nak tengok filem seefood. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Abang yang berusia tiga bulan, tidur dalam dakapn ummi, manakala adik comel pun tidur keletihan kerana bangun seawal jam tujuh pagi. Kak long yang excited dan banyak bertanya membuatkan panggung jadi riuh rendah.. Tapi, ramai juga budak-budak lain yang excited 🙂

20121126-232624.jpg

kami 🙂

20121126-232708.jpg

adik sedap tidur 🙂

::: TGV Sunway Pyramid-Seefood :::

Sekarang bila ada cerita yang best kat panggung, ada juga kak long request untuk ke panggung wayang, macam kartun Brave.. Kami memang ingin membawanya cuma fikirkan abang yang kurang selesa dan tak mungkin boleh tidur lena macam baby yang telinganya dipekup dengan kain.
Minta walid dating berdua dengan kak long, walid memang of courselah nak bawa ummi sekali, tak bolehlah nak tinggal sekejap ummi ni 😉 ummi nak pergi tanpa abang, rasa kesian sebab abang masih lagi breastfeeding. Ummi hanya bagi ebm ketika ke sekolah sahaja, time lain, memang ummi bawa abang kerana mahu abang direct feeding. Sebolehnya, ummi memang elak guna ebm sebab malas nak buat ebm. Hohohoho~

Jadi, penyelesaian masalah… Walid download atau terus tengok dari youtube dan sambung ke tv. Padam lampu, tengoklah mujahid musleh pelbagai cerita kartun yang ditayangkan di panggung. Seronoknya mereka, sambil mereka jadi pengarah.. Dan yang bestnya, bila end of the story.. Kak long akan sebut Happy Ever After hihihihi 🙂
Selalu dengar teacher story telling kat school.. Jadi dia pun akan sebut Once Upon Times bila nak start story telling.. So, sweet my little princess 🙂 terasa kak long dah semakin besar 😦

See, tengok cinemas ice age 4 semalam malam,

20121126-234714.jpg

Macam-macam ragam dalam gelap…

20121126-234757.jpg

menganga tengok ice age 4

20121126-234840.jpg

gelihati tengok gelagat ice age

____________________________________

Mujahid Musleh sayang,
Kami melakukan yang terbaik untuk kalian..
Ikhtiar yang seusahanya
Untuk melihat kalian bahagia dan ceria melalui hari-hari mendatang..
Dewasalah kalian sebagai muslim yang mukmin 🙂

Allah.. Allah.. Allah,
Peliharalah mereka daripada Azab Neraka-Mu..
Amin..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: