My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Bakteria

Kisah kak long yang mencuit hati hingga ummi tergelak besar😀

Pada ummi, ia kisah lucu.. Tapi bukan pada kak long kerana ketakutannya yang sangat luarbiasa pada bakteria membuatkan dia menangis meraung hingga bila ummi cakap pada pinky dan mermaid yang sedang dipegangnya ada bakteria, kak long terus mencampakkan ke lantai, begitu juga dengan bantal stoberinya..

Ketakutan pada bakteria yang melampau menyebabkan kak long nak gosok gigi pada jam 2 pagi! Siap menangis-nangis.. Alahai sayang ummi~

Apabila kak long menangis ketakutan pada jam dua pagi, ummi pun jadi seram😉
Walid yang terjaga dari tidur yang terkejut, terus angin satu badan dan katanya mahu hantar kak long tidur di luar rumah.. Apalagi, tangisan bertambah meriah..
Dalam hati, dalam otak, pelbagai cara ingin membuatkan kak long tenang. Bukan takut main-main, kes serius betul yang berlaku semalam pagi..

Ummi pula, antara faham tak faham sebab sebutan kak long agak keliru atau pelat.. Bakteria disebut bakteriyaya, bateriya, batteriya dan tak tahulah nak terang dia sebut macam mana hingga ummi ingat ia adalah sejenis syaitan.. hahahaha😀 sebab tu ummi terasa seram😉
Jadi ummi pun tanya, kak long cakap apa? Ummi tak faham.. Kak long pun bercerita tentang bakteria yang duduk dalam mulut.. Ohooo, barulah ummi dapat tangkap—–> BAKTERIA rupanya😉 hilang rasa seram!

Mula-mula, ummi cerita bakteria tu apa? Kenapa ada bakteria? Macam mana bakteria boleh membiak dan sebagainya ialah menjawab soalan-soalan kak long yang pada ummi tak berapa logik dan menimbulkan rasa gelihati, cuma ummi tak sampai hati nak ketawa bila mana melihat air mata kak long bertali arus mengalir deras.

Kelihatan kak long semakin tenang selesai sesi soal jawab, mungkin faham bila ummi terangkan menggunakan pemahaman si kecil yang berusia lima tahun. Dalam hati dan fikiran ummi ni, manalah kak long dapat tahu tentang bakteria ni? Jadi ummi pun tanya, puas juga kak long fikir dan menjawab agak lambat.. Akhirnya kak long mengaku tengok ipad kartun tentang “gosok gigi”. Ok, esok pun ummi nak tengok juga🙂

Kartun tersebut agak bagus sebab ia mendedahkan tentang kepentingan memberus gigi yang diterapkan pada anak-anak kecil. Superb baguslah orang Indonesia yang memang banyak sangat idea kreativitinya dalam mendidik anak-anak. Anak-anak memang suka kartun, jadi melalui kartun dapat menarik minat mereka untuk belajar. Bakteria yang digambarkan itu pun ‘menjadi’, mukanya memang menakutkan🙂 Itu kisah gosok gigi, ada juga tentang lain. Begitu juga dengan siri kartun Islamik, sangat bagus untuk ditonton oleh anak-anak. Kak long pun belajar tentang tawaf, haji dan sebagainya melalui siri kartun. Sememangnya, ada sesi soal jawab bersama ummi selepas dihadamnya kartun tersebut🙂

Agak-agak kalian, pertama kali kalian mendengar BAKTERIA ketika usia berapa?😉

______________________________

Esok, walid ajak ke MAHA di Serdang.
Kak long excited nak tengok pelbagai jenis binatang dan nak bagi makan rabbit.
Cuma kak long agak penakut berbanding adik yang lebih berani😉
Semoga, segalanya berjalan lancar dan dirahmati oleh Allah.
Semoga ianya juga adalah suatu bentuk pendidikan kepada mujahid musleh kami🙂

20121130-043329.jpg

mereka yang disayangi🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: