My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Ujian Badan

Aduhai, sakit tak tertanggung rasanya apabila kesan gigitan abang pada tempat **** menjadi semakin besar. Kering basah kering basah, entah bila nak sembuh.. Terasa bagai dijahit selepas bersalin tiap kali breastfeeding abang. Abang yang kurang mengerti, tidak memberi kerjasama yang ‘baik’. Peritnya dan seriau rasanya.. Allah, sembuhkan ujian badan ini..

Serba salah jadinya.. Tak memberi, kesakitan dua kali ganda ditanggung. Bengkak susu dan juga luka tersebut. Nak tak nak, suka tak suka, paksa rela kenalah feed abang. Jika ada pilihan di siang hari, adiklah tempat ummi ‘minta tolong’… Terima kasih adik kerana sangat memahami dan memberi kerjasama yang terbaik🙂

Kejadian yang sama berlaku lima tahun lalu, tetapi bukan sebab gigitan kak long.. Ianya crack sendiri. Berdarah-darah menyusukan kak long.. Allah sahaja yang tahu betapa deritanya ummi ketika itu kerana menanggung sakit ‘atas dan bawah’. Dua minggu, tempat yang crack itu sembuh. Nanny sarankan agar teruskan penyusuan kak long, jika tidak (kalau sapu ubat dan stop anak breastfeeding) ianya akan berulang kembali.

Anak sulung, ikutkan ajalah nasihat nanny. Sekarang, melalui perkongsian ilmiah di group Ibu-ibu Solehah, ada ikhtiar yang boleh diusahakan🙂 Perkara tersebut sudah berlalu, ia meninggalkan momen indah seorang ummi. Begitu juga sekarang, sakit dan perit.. Tetapi ianya juga akan menjadi momen indah pada seorang ummi🙂 cuma, nak tanggung masa-masa tersebut, air mata merembes meriah menahan kesakitan..

Tika ini, saat ini.. Ummi punyai tiga mujahid musleh yang comel dan pelbagai ragam😀
Bahagianya ummi..
Nikmat Allah yang mana mahu ummi dustakan..
Nikmat Allah terlalu banyak dan tidak terhitung..
Syukur, Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah🙂

_________________________________

20121205-211133.jpg

20121205-211156.jpg

20121205-211213.jpg

20121205-211227.jpg

abang sayang sorang yang pandai meniarap dan membuat aksi dalam buai..😉

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: