My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Akhir Tahun

Tahun hijri telah bermula, sudah 23 Muharram 1434h. Manakala tahun masihi, baru minggu pertama tetapi rasa hampir sahaja mula sesi persekolahan😦

26 hb, dah mula meeting dan pembahagian tugas-tugas persekolahan untuk tahun 2013. Moga-moga tahun 2013, tugas yang diamanahkan mampu dilaksanakan dengan baik dan cemerlang.

Kak long akan berusia enam tahun, ianya juga merupakan tahun terakhir untuk kak long honeymoon sebelum menghadapi sesi persekolahan yang sebenar apabila menjengah usia tujuh tahun.

Adik akan menginjak ke angka tiga tahun. Adik yang pelbagai ragam ini akan bersekolah pada penggal kedua sesi persekolahan bagi membiasakan dirinya sebelum kak long tamat pengajian enam tahun di Sarjana Comel. Sekarang, kami sedang potty training adik. Sangat mudah dan adik sangat cekap. Tak payah nak susah-susah sangat. Bila adik nak rasa ke toilet, dia akan bagitahu sendiri. Sepanjang dua bulan ini, baru dua kali adik terpipis di bilik bonda dan ruang tamu. Hebatlah tu🙂

Cuma, tidur malam dan berjalan luar rumah masih berpampers walaupun sering kali adik akan memberitahu ‘nak gi let’ bila time berjalan-jalan. Takut tak sempat nak ke tandas, maka kami memakaikan adik pampers. Hairan juga, dia boleh tak pipis dalam pampers selama tempoh berjalan-jalan,namun bila sampai rumah baru pergi toilet. Rasanya, adik dah boleh tak berpampers bila berjalan.

Abang si bongsu, akan menginjak dua tahun jika mengikut tahun. Jika tidak, abang baru berusia satu tahun beberapa minggu😉 baby lahir hujung tahun, tak puas menikmati umur setahun dah masuk dua tahun.. Kelakar pun ada juga. Tak apalah sayang, puas lagi ummi nak peluk coyom abang🙂 muda gitukan sayang😉

Apabila mujahid musleh meningkat usia.. Kami lagilah naik tangga usia meningkat ke angka 30 tahun. Jadi, tahun ini, tahun terakhir kami di usia 20-an.. Pada sesetengah orang, usia hanyalah angka yang tidak perlu diambil berat, sentiasa rasa muda sahaja walaupun dah berusia kerana beranggapan usia itu cuma angka!

Bagi kami pula, usia yang meningkat itu adalah petanda semakin dekat dengan kematian. Kami sudah melepasi tempoh-tempoh sebagai ahli syurga yang dijamin oleh Allah. Kalau mati syahid, alhamdulillah, rezeki dan nikmat! Syurgalah yang menanti. Logik akal, mengatakan mustahil. Jadi, jika kami ini bukan jaminan syurga penyudahnya, maka usia yang meningkat adalah tanda kepada perlunya peningkatan amalan kebaikan. Amalan-amalan yang boleh membawa ke Jannah Allah. Siapa mahu ke Neraka? Diazab dan diseksa saban detik… Allah, wahai Allah, kasihanilah kami ini yang sungguh mengharap rahmat-Mu dan jannah-Mu dari menjadi bahan bakar api neraka.

____________________________________

Khas untuk cinta hatiku, kitkat-sour sweetku,

Iman dalam hati akan menyebabkan suami dan isteri saling bertanggungjawab.

Walaupun berat terasa mulut untuk berbual dengan isteri akibat beban masalah menyara rumahtangga, namun digagahi jua oleh kesedaran kata-kata yang baik itu adalah sedekah.

Walaupun terasa sukar mengukir senyuman di hadapan suami bahana kerenah anak-anak, tetapi isteri yang beriman terus bermujahadah dan terus tersenyum di hadapan suami justeru menyedari senyuman itu adalah satu sunnah.

Sedekah dan sunnah yang dilakukan oleh suami dan isteri inilah yang menurunkan sakinah dan mawaddah dalam sesebuah rumahtangga.

Ya, bila musim cinta sudah berlalu, semailah pohon tanggungjawab. Insya Allah,musim cinta akan kembali dan ketenangan serta kebahagiaan akan kembali harum dan mewangi!

~ Ustaz Pahrol

Anje,
Saling bergantung kejap pada Allah swt,
Saling menggengam erat tautan jemari kita,
Agar ujian yang datang membadai,
Sabar dan solat jalan penyelesaiannya..

Anje,
Mereka yang tinggi darjatnya itu,
semakin besar dugaan Allah ke atasnya,
semakin tebal pula baik sangkanya kepada Allah..
-share ustaz Zahazan Mohamed

20121208-022722.jpg

Bayangkan kau dan aku selamanya
Ku selalu mengenangmu, hebat rasa
Bagiku tiada tandingan kau dan mujahid musleh
Bahagia bersama-sama🙂

Wahai Allah,
Peliharalah jodoh kami hingga ke Jannahmu
dalam rasa bahagia mawaddah&rahmah..
Jadikanlah anak-anak kami, keturunan kami,
Penyejuk mata, penenang jiwa, peneman sepanjang hayat kami
dan SAHAM kami di sana…

Amin🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: