My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Kajang, KL, Gombak

Sekitar jam 6.30 pagi, kami telah ke Kajang untuk bersarapan pagi bersama mak long dan familinya. Jemputan tersebut kami penuhi dengan rasa gembira walaupun mengantuk. Mujahid musleh, kami angkut tanpa dimandikan terlebih dahulu🙂 bukan selalu. Memandangkan rumah mak long ada bilik tamu memudahkan urusan menguruskan mujahid musleh selepas mereka bersarapan.

Usai semua, kami bertolak ke Kuala Lumpur bersama. Cuma berpisah di Sg.Besi, mak long ke Plaza Lowyatt untuk membeli laptop, manakala kami ke Universiti Malaya mengambil mimi yang ingin turut serta menziarahi atok perempuan kesayangan kami sebelah ayah: Tok Mon🙂 dan adik beradik ayah.

Sementara menunggu mak long dan pak long memilih laptop, kami decide untuk tidak join masuk ke Plaza Lowyatt memandangkan tidak sesuai membawa mujahid musleh ke sana. Puas berfikir, arah mana yang ingin dituju agar masa yang lengang ini tidak dibazirkan. Akhirnya kami meronda Kuala Lumpur, kawasan Pudu, Berjaya Times Square, KL Tower dan akhirnya kami singgah ke Muzium Seni Islam. Turun dan berjalan-jalan ke Kafe, Kedai Cenderahati dan Library Kanak-kanak- tutup pulak sebab penjaganya jadi tourism pada pelancong. Library Kanak-kanak Muziuum Seni Islam sangat best! Memang teringin sangat nak bawa kak long ke situ sementelah tak ramai pun kanak-kanak yang lain. Apa yang istimewanya dan membuatkan kak long teruja? Di situ, boleh buat art! Favourite kak long kan art.🙂 Ada rezeki, kita datang lagi ye sayang🙂

Penat! Kami melepak kat Dataran Masjid Negara sambil makan-makan belian dari Lori-beger daging, cucuk-cucuk dan buahan. Kenyang perut, senang hati🙂
Kami solat Zuhur di Masjid Negara-mandikan mujahid musleh biar mereka segar semula🙂 Masjid yang sangat besar, membuatkan mujahid musleh keriangan berlari-lari, tengok air pancut.. Oh, indahnya ada mujahid musleh cuma kadang-kadang terasa kelam kabut dan lemas😉

Setel semua, masanya untuk ke Gombak jumpa tok mon🙂 dan famili besar!

20121209-010756.jpg

20121209-010816.jpg

20121209-010836.jpg

20121209-010854.jpg

20121209-010907.jpg

snap gambar reramai sebelum pulang

Kami pulang sekitar jam empat petang🙂

Hari yang menyeronokkan, terima kasih anje!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: