My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Peraturan

Semalam adalah kali keempat saya melalui lebuhraya SKVE dalam tempoh empat minggu. Walaupun jalannya lancar, kurang kenderaan tetapi bab tol, memang agak mahal sedikit. Perjalanan ke Kajang dari rumah, menaiki lebuhraya Elite (exit Bukit Jelutong-Bandar Saujana Putra) Rm 2.80 dan di SKVE bayarannya adalah Rm1.90. Empat kali kami ke arah Kajang, perbelanjaan tol sahaja sudah lebih kurang rm30. Saya cuba membayangkan berapalah belanja yang harus dikeluarkan oleh sesetengah orang yang tinggal di Kajang tetapi bekerja di Shah Alam. Mungkin 5-7 percent daripada gaji mereka dihabiskan untuk menguntungkan syarikat-syarikat konsensi sahaja setiap bulan.

Itu belum lagi sekiranya kenderaan mereka terkena perangkap AES di kilometer 6.6 lebuhraya SKVE yang samannya bernilai Rm300. Sebut tentang AES, agak menarik apabila saya melalui kawasan AES tersebut, apabila tiba sahaja di signboard amaran, semua kenderaan terutamanya kereta yang sebelumnya berkelajuan tinggi tiba-tiba memperlahankan kereta, kenderaan yang pada mulanya di lorong tiga, secara perlahan-lahan menukar ke lorong satu dan dua. Namun, apabila melepasi sahaja kamera AES, semua kereta-kereta tadi kembali ke keadaan asal, memandu laju meninggalkan kereta kancil jauh nun di sana ke belakang.:-)

Apabila di tanya kepada saya, wajar ke AES ini dilaksanakan di Malaysia?

Jawapan saya mudah sahaja.

Adakah kita mahu rakyat di Malaysia menjadi seperti sesetengah rakyat di negara jiran Singapura yang apabila memandu di Singapura, mereka boleh memandu dengan sangat berhemah dan berdisiplin, namun apabila menyeberangi sahaja ke Malaysia, pemanduan mereka menjadi sebaliknya. Puncanya kerana undang-undang yang ketat di Republik menyebabkan mereka sangat berdisiplin. Namun apabila mereka berada diluar lingkungan undang-undang yang ketat, mereka menjadi sebaliknya.

Adakah kita mahu rakyat Malaysia menjadi sebegitu, dan dalam masa yang sama seperti yang saya nyatakan lihatlah apa yang pemandu Malaysia lakukan apabila bertemu dengan kamera AES. Perlahankan kenderaan, tetapi selepas itu, berkelajuan tinggi semula. Itu tanda-tanda awal kita ke arah seperi negara jiran. Adakah rakyat Malaysia akan terus di “ajar” untuk melakukan sedemikian rupa dan mungkin pada masa akan berkaitan dengan hal-hal yang lain pula.

Mungkin juga ada di antara kita akan menyanggah. Sebelum ini pun kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai kempen keselamatan jalan raya tetapi jumlah kemalangan msih juga tidak susut sebaliknya semakin bertambah setiap hari, maka kita tiada cara lain selain melaksanakan kaedah ini.

Saya dan isteri satu ketika dahulu pernah membaca akhbar mengenai kejadian gempa bumi dahsyat melanda negara Jepun. Keadaannya amat teruk di tambah lagi dengan kebocoran gas nuklear yang mungkin akan mengorbankan beribu-beribu nyawa. Dikepilkan sekali bersama berita tersebut adalah foto rakyat Jepun sedang beratur panjang mendapatkan barang bantuan daripada sebuah lori. Sekali lagi saya ulang, mereka sedang BERATUR! Bayangkan sekiranya bencana tersebut berlaku di negara kita, adakah kita akan berdisiplin seperti mereka? Berdisplin tanpa mengira tempat, keadaan dan masa.

Semuanya bergantung kepada cara bagaimana sesebuah masyarakat itu dididik. Cara didikan tersebut bukan sahaja dengan cara menerapkan undang-undang yang ketat, melalui iklan-iklan tatacara yang hidup yang baik di media-media massa mahupun melalui ceramah dan program melalui agensi yang berkaitan. Lebih dari itu, ia juga berkisar soal contoh teladan yang baik daripada pemimpin kepada rakyat yang dipimpin. Lihatlah bagaimana contoh teladan di negara yang dikelilingi laut tersebut, perdana menteri apabila gagal dan rasa tidak mampu untuk mentadbir negara, mereka akan berundur secara terhormat.

Sayang sekali di Malaysia, kerajaan memukul canang mahu menghapuskan rasuah secara telus dan besar-besaran tetapi dalam masa yang sama ada di kalangan menteri yang terpalit dengan isu rasuah. Apabila harga sesuatu barang naik, kerajaan dengan serta-merta menasihatkan rakyat agar bersederhana di dalam kehidupan dan mengamalkan kehidupan yang lebih sihat tetapi dalam masa yang sama para pemimpin masih lagi hidup dalam kemewahan. Perdana Menteri apabila berjumpa dengan umat Islam, asyik mendendangkan syarahan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam membela negara Islam tetapi dalam masa yang sama isteri dan anak-anaknya sama sekali tidak mencerminkan peribadi sebagai seorang penganut Islam yang baik.

Itulah Malaysia, negaraku yang tercinta. Semoga pemimpin yang akan dipilih oleh rakyat pada PRU nanti akan dapat menegakkan agama Islam dan sentiasa menjadi contoh yang baik kepada rakyat tidak kiralah mereka dari parti pembangkang atau pun kerajaan pada masa kini.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: