My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

WalidUmmiKakLongAdikAbang

Malam ini…

WALID

20121210-230331.jpg

Menganalisis bahan-bahan yang diperolehi dari pelbagai sumber, membuat catatan seterusnya menulis bagi menyiapkan disertasi Sejarah Malaysia.

Ya Allah, permudahkanlah dan lapangkanlah segala urusan suamiku..
Mudah-mudahan, ilmu yang dijumpai sepanjang kembara sarjananya membuatkan suamiku menjadi semakin tawadhuk dan menjadi hamba-Mu yang memanfaatkan segala ilmu supaya menjadi amalan yang tidak putus membawa bekal ke alam kubur.. Amin🙂

UMMI

hihihihi😉 ummi sedang update blog.. Blog merupakan catatan ringkan yang signifikan dan kenangan kami sekeluarga. Semoga ianya menjadi catatan yang berguna untuk mujahid musleh kami khasnya.🙂

KAK LONG

20121210-231327.jpg

Membaca buku Peter&Jane 3A.. Alhamdulillah🙂 sudah buku yang ketiga. Iqra’ kak long pun dah masuk iqra’ 2, bacaan huruf sambungan juga sudah semakin lancar.. Begitu juga dengan buku Jawi, dari merangkak-rangkak sudah semakin lancar. Bahasa Melayu juga, fah boleh membaca tanpa mengeja, cuma ada juga perkataan yang perlu dieja. It’s ok sayang, usaha dan kerajinan yang berterusan diperlukan untuk berjaya. Lambat tak apa, janji jangan malas. Orang malas selalu rugi. Rugi ilmu! Selamat maju jaya sayang.

Tugas ummi dan walid pula, untuk tambahkan dan lipat gandakan usaha supaya kak long dapat membaca bacaan solat serta doa-doa agar menjadi muslim yang mukmin. Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Penerapan, pencerahan, penceritaan dan penegasan agar kak long menjadi SAHAM kami di dunia dan akhirat. Amin…

ADIK

20121210-232215.jpg

Turut serta dalam membudayakan ilmu🙂
Adik sudah membaca iqra’ 1 muka surat 4-‘ja’, alhamdulillah🙂
Sangat comel suaranya yang pelat apabila mengaji🙂
Buku Jawi pun dah kenal huruf alif sampai ya.
Buku Peter and Jane juga sudah di muka surat tiga🙂
Surah dan doa yang diajar pada kak long, adik juga boleh membacanya😉
Macam-macam adik ni.. Kak long nak membaca, dia pun join sekali.. Kak long bermain, dia pun sama, kak long sibuk bercerita dengan ummi, adik pun tak nak ketinggalan juga😉
Kak long tengok galaxy, adik pula sibuk dengan ‘apad’ nya (ipad).. Itulah adik beradik. Adakalanya, tak terlayan ummi dan walid.. Adakalanya, boleh jadi bergaduh dan menangis-nangis.. Alahai anak-anak ummi sayang🙂

ABANG

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.. Abang telah memulakan langkah yang banyak pada hari ini. Sebelum ini, selangkah sahaja, sudah jatuh.. Tetapi hari ini, sudah lima langkah kaki diangkat🙂
Ummi sangat teruja, manakala walid pula adalah coach yang melatih abang saban waktu.. Katanya walid, tak sabar melihat abang ‘berkaki’🙂 bermakna, tak sabar jugalah kami untuk main kejar mengejar si abang sayang😉

Abang juga sangat suka buku.. Apabila menangis yang tidak boleh dipujuk, atau sudah dipujuk tetapi tidak berjaya, atau abang meragam.. Ipad pun tak dilayan, berilah buku nescaya abang akan diam🙂 ditambah dengan gaya ‘penceritaan dan pembacaan’ pasti abang boleh senyum sekaligus mulutnya turut bercerita juga.. Abang, semoga menjadi ‘library bergerak’ dan menjadi pencinta yang cintakan ilmu🙂 Amin.

Allah ya Rabbuna,
Jadikanlah keluarga kami,
Keluarga yang masuk ke Syurga-Mu tanpa dihisab..
Keluarga yang hidup dan matinya hanya untuk-Mu..
Satukanlah hati-hati kami, teguhkanlah kesatuan kami..
Agar kami sedar sahayanya kami ini hamba-Mu
yang mengharap kasih sayang-Mu, rahmat-Mu
Memayungi perjalanan kami di dunia dan akhirat.
Amin…

________________________________

Nota:
Jika walid mula membaca dan membuka buku, berteleku di meja study..
Mujahid musleh juga akan jadi ‘ulat buku’ tanpa diminta atau diberi arahan..
Sungguhlah, walid dan ummi perlu membudayakan ilmu🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: