My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Ujian dan rezeki

Kita sering terkeliru dengan kehidupan apabila menganggap ujian itu suatu yang membebankan manakala rezeki itu suatu yang menyeronokan. Oleh kerana itu apabila diberi rezeki khususnya dalam bentuk wang ringgit dan harta benda, kita berasa sangat gembira, namun apabila ditimpa sesuatu kesulitan, kita beranggapan ia sebagai satu ujian daripada Allah s.w.t. Hakikatnya saya berpendapat begini, adakala kita tidak sedar bahawa ujian yang menimpa itu sekiranya dilihat dari sudut yang positif, ia juga sebenarnya rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada kita. Begitu juga sebaliknya, apabila kita diberi kenikmatan harta benda dan juga akal fikiran yang cerdik, ia boleh menjadi ujian yang berat kepada kita.

Apabila ditimpa dengan kesulitan yang kita rasa sudah tidak mampu untuk menghadapi dan akhirnya apa yang kita lakukan? Ketika itu baru kita mula tersedar dengan kekuasaan Allah s.w.t, mula bangun sepertiga malam, merayu dan mengadu kepada Allah s.w.t agar ditunjukkan jalan penyelesaian kepada kesulitan yang dihadapi. Hakikatnya, itulah rezeki yang tidak dijangka pada mulanya iaitu apabila kita semakin hampir dengan Allah s.w.t. tatkala diri diberi kesulitan oleh Allah s.w.t. Andainya tidak diberi kesulitan, adakah kita akan bangun sepertiga malam? Menadah tangan memohon keampunan Allah s.w.t.

Kita sering juga dikeliling dengan individu-individu yang keadaan hidup mereka sentiasa dalam keadaan senang, diberi rezeki yang melimpah ruah seolah-olah tiada sebarang kesulitan yang menimpa mereka. Jauh disudut hati, mula bertanya mengapa mereka tidak diberi ujian sama seperti yang kita hadapi kini. Tetapi akhirnya rasa yang tidak-tidak itu mula hilang apabila hati tersentuh memikirkan adakah sekiranya kita senang seperti mereka, kita akan bangun sepertiga malam seperti sekarang, adakah kita akan menangis dipangkuan ilahi seperti kini dan ketika ini baru kita tersedar bahawa ia juga merupakan rezeki keimanan yang yang lebih tinggi nilainya berbanding harta benda dan kemewahan.

Cumanya, bukan mudah untuk menerima sedikit dugaan daripada Allah s.w.t. Dan adakala hati juga bertanya, kita sudah buat begini dan begini tetapi mengapa dugaan ini semakin menyempit. Rupa-rupanya Allah s.w.t mahu kita lakukan lebih lagi, sekiranya sudah bersolat hajat setiap malam, buatlah ibadah-ibadah lain pula, cubalah menjauhi sebarang perkara maksiat. Insya Allah, dia tidak pernah terlepas pandang dengan segala ibadah yang kita lakukan.

Ada sesetengah orang berkata, sekiranya ditimpa kesusahan, mesti kena banyak bersabar dan cubalah bersangka baik dengan Allah s.w.t andaikata doa kita tidak dimakbulkan olehnya. Saya berfikir, mengapa kita perlu bersangka baik dengan Allah s.w.t. walhal Allah s.w.t. Itu memang maha baik. Perkataan “bersangka baik” adalah tidak tepat untuk mengambarkan perilaku Allah s.w.t. Hakikatnya, kesusahan itu juga merupakan satu rezeki, seperti yang saya nyatakan dengan kesusahan itulah kita semakin hampir dengan Allah s.w.t., dengan dugaan itu juga menyebabkan kita mula untuk mengingati ibu bapa kita untuk mengadu kesusahan yang kita sedang hadapi dan dengan kesulitan itu jugalah hubungan keluarga kita menjadi semakin akrab sama-sama menempuh kesulitan tersebut dengan jalan berkongsi pandangan dan pendapat.

Wahai Allah s.w.t, berikan pertolongan kepada hambamu ini dalam menghadapi segala ujian daripadamu. Ketika hambamu berada dalam kesulitan yang amat pedih ini, engkau tunjukkan jalan ya Allah. Dan apabila kami telah berjaya menempuh kesulitan ini, engkau sentiasa peringatkan kami ya Allah bahawa harta benda itu juga merupakan ujian daripadamu, kecerdikan itu juga merupakan ujian daripadamu, bimbingkanlah kami ya Allah. Jauhkan kami daripada azab api neraka dan kumpulkan kami sekeluarga di dalm syurgamu ya Allah. Amin ya rabal alamin..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: