My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Berbual

Mendengar perbualan dua budak kecik, membuatkan hati terhibur riang..
Si kak long, memang faham benar pertuturan si adik.. Cuma ada situasi yang bila mana kak long tak faham, mulalah dia akan bertanya “ummi, adik cakap apa ni? Kak long tak faham.. Adik cakap pelat..” hihihihi😀

Si adik yang pelat, berbual bagaikan semua perbualannya difahami..
Bila orang tak memahami, adik akan cakap “walid ni, tak fahamlah…” (peristiwa semalam malam) hahaha, naik terburai perut ketawa. Walid yang sedang marah sebab ummi asyik komplen salah beli pisang pun tergelak.. hahahaha.. Adik oh adik🙂

Berbuallah dengan anak-anak sekerapnya.. Ya, kami sentiasa akan melayan perbualan mereka. Jika tidak memahami, antara kami akan bertanya apa yang anak maksudkan. Walaupun kak long sudah lima tahun, ada juga perkara yang dimaksudkan tidak dapat difahami.. Contohnya: “ummi, nanti belikan kak long moon kaca” MOON KACA? Apa tu? Puaslah ummi berfikir dan sampai ke sudah, tak tahu akan maksudnya walaupun ianya diucap berulang kali..hohohoho~

Sampailah satu hari, kami ke kedai perhiasan rambut.. Tiba-tiba kak long menjerit kegembiraan dan kepuasan yang amat sangat “ummi, kak long nak MOON KACA!” ummi pun tersedak dari ralit memilih aksesori rambut princess ummi🙂 lalu: “mana dia MOON KACA kak long sayang?” kak long pun tunjuk pada CROWN! Allah, rupanya MOON KACA adalah CROWN… Siannya anak ummi, lama mahukan crown tapi tak kesampaian sebab umminya tak faham apa yang dimaksudkan olehnya.. Apabila dibelikan, gembiranya kak long tak terperi. Belikan sekalilah untuk si adik, jika tak beli, berebutlah pulak..😉

Si kecik itu-adik baby.. Dalam tidur pun sering mengadu “ummi, kak long ni buat adik” dahtu, walid ini akan cakap “tidurlah adik…” hihihi.. Dalam mimpi pun, bergaduh dengan kak long.. Begitu juga dengan kak long.. ” walid, tengok adik ni…” macam-macam hal..🙂.. Walid pun akan kata “tidurlah kak long..”🙂 Kak long dan adik, tidur dengan walid, abang baby tidur dengan ummi..

Ada orang kata, jika pasangan adik beradik sama jantina (anak no1&2 sama ada lelaki atau perempuan) susah nak jadi kawan dan sering bergaduh. Jika berlainan jantina, bergaduh juga tapi tidak sekerapnya.. Entahlah, kebenarannya tidak dapat diketahui secara saintifik, cuma jika bertanya pada kawan-kawan, kebanyakkannya memberi pandangan sebegitu dan ada juga yang menambah, sekiranya anak sulung lelaki dan anak kedua perempuan-kebiasaannya kuranglah bergaduh kerana anak lelaki suka buat halnya sendiri, sebaliknya jika si sulung perempuan, adik kedua dibawahnya lelaki, siaplah kena sakat..hihihi..

Pada pengalaman peribadi, adik beradik tiga teratas adalah perempuan (aku,atin&mimi) Memang kebenarannya ada-kami sering bergaduh dan merungsingkan hati seorang mama&ayah. Cuma, aku dan atin menjadi ‘kawan baik’ dan ‘musuh’ kami adalah mimi yang kaki mengadu, dan of courselah mimi menjadi kesayangan mama dan ayah sebab dia selalu dimenangkan dalam apa jua kes.. Seringkali, kami akan memulaukan mimi.. hahaha.. Kami berdua sangat kamcing, kalau aku masuk bilik, atin pun masuk bilik.. Kami mengunci pintu supaya mimi tak masuk bilik..🙂 Dan lebih jahat lagi, aku tiup mata mimi yang sedang mengendap, alamatnya masuk habuklah mata mimi. Ini membuatkan aku dan atin kena balun teruk oleh mama dan ayah.. Mimi memang menjadi anak kesayangan ayah.. Sampai la ni, mimi dipanggil baby!😉

Begitu juga dengan anje, empat teratas adalah lelaki (along, angah-anje, aman&ami). Tapi mereka tidak kerap bergaduh, cuma menjadi geng untuk membuatkan mak dan ayah sakit kepala. Along menjadi ketua dan kebal gitu😉 masuk longkang besar kerana racing basikal lalu tercampak tapi masih lagi sihat dan kuat.. Mencangkul dahi angah tanpa sengaja (anje pun satu, duduk mengadap depan cangkul yang sedang dimain along cangkul tanah tercangkul dahinya) sehingga kini bertanda.. Sememangnya anje cool sejak kecil, even dah dicangkul dahinya tidak menangis dan mengadu. Sebaliknya, along lari sembunyikan diri.. hahaha.. Cerita anje, bila ditanya kenapa dahinya berparut.

Betullah kot😉 Hakikatnya, adik beradik pasti akan bergaduh.. Doanya, agar dah besar tidak berlaku pergaduhan yang menyebabkan silaturrahim terpisah… Makin besar, makin menyayangi dan menghargai adanya adik beradik. Saling memerlukan dan ikatan bertambah erat..

Sayang-sayang ummi,
Kalian adik beradik yang ummi lahirkan dengan penuh kasih sayang.
Ya, sakit bersalin.. Sakit mengandung..
Semuanya dilalui semasa melahirkan kalian..
Walid juga mengadap kalian, menyambut kelahiran kalian..
Dewasalah sayang dalam ikatan adik beradik yang saling sayang menyayangi..
Kerana, kesakitan melahirkan kalian bukan ummi mahu melihat kalian berkelahi apatah lagi menjadi musuh..
Melihat kalian erat dan bertaut hati hingga ke syurga, doa seorang ummi..
Amin…

20121217-010613.jpg

time tak ngam

20121217-011020.jpg

sedang tidur😉

20121217-011257.jpg

serapatnya bila ngam

20121217-011328.jpg

Doa ummi agar kalian begini selamanya🙂

_______________________

Nota: ci abang sayang, sudah menunjukkan ‘kemain’ dia..😉

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: