My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Pregnancy..

Sanah helwah ya jameel🙂

Senice de quailan..

Happy Birthday to you..

Selamat Hari Lahir..

Panjang umurnya, panjang umurnya, panjang umurnya serta mulia.. Serta mulia.. Serta mulia..🙂

Kedengaran suara ceria&semangat kak long bersama adik menyanyikan kelima-lima versi lagu tersebut khas untuk abang sayang.. Semestinya ummi pun turut nyanyi juga😉

Abang pula, macam tahu-tahu je dia punya birthday hari ni (cv vv nb vvc…….g v,, b bbnnbm v e CXxf v vvv zsaqqwqadb rfb v vb Vc zxx d d aqsqvvvvqssssssasssaaatk,hn nnnh nb ——>; abang pun sama-sama nak berblog😉 ) mood dia sangat happy😀

Ummi cuma nak cerita tentang semasa pregnantkan abang, semua orang meneka baby dalam kandungan adalah girl terutama rakan sekerja.. Ummi merasa sedih juga namun redha kerana ummi memang berdoa agar baby dalam kandungan adalah ‘imam soleh’. Sementelah bila scan, tak nampak jantina..

Penampilan ummi juga nampak berseri-seri. Seri orang mengandung.. Lagilah membuatkan kawan sekerja mengatakan babynya girl. Ummi pula suka melawa.. Pakai tudung syria ada clip kat kepala🙂 entahlah, memang terasa nak cantik sahaja.. hihihi.. ramai yang menegur, tiap kali orang tegur, ummi cakap “tak apalah kalau perempuan pun, yang penting sihat, cukup sifat dan solehah”

Time tu, ummi dah tak fikir sangat akan hal jantina kerana ummi dah redha.. lagipun walid pun suka juga anak perempuan.. walid cakap ” anje tak kisah pun kalau anak anje semua perempuan, yang penting anak-anak semuanya baik sebab dia saham kita “.. lega hati ummi mendengarnya, alhamdulillah🙂

Ummi juga suka sangat akan kopi.. suka sangat sampai ketagihan yang melampau.. satu hari tak dapat kopi, boleh gigil badan! Lagi pula kalau dapat pekena kopi Ikea, perghhhh! sedap.. walid pula sangat rajin melayan, boleh dikatakan hampir tiap malam kami ke Ikea untuk minum kopi kemudian terus balik.. Terima Kasih anje, kerana tak pernah gagal melayan kerenah isteri mengandung🙂

Apabila check-up tujuh bulan, doktor Sharifah Zubaidah mengatakan baby dalam perut adalah boy! happynya ummi sampai menangis kegembiraan penuh rasa syukur.. begitu juga dengan nanny yang sedang ada di rumah kita.. Walid pun senyum melebar sampai ke telinga, ada juga mukanya yang macam kurang yakin.. hihihi..

Abang sayang,
sesungguhnya kehadiranmu memang dinanti..
Besar doa kami agar abang menjadi IMAM mukhtabar yang sangat cintakan Allah&Kekasih-Nya, mengimamkan jutaan umat manusia di Macca dan Madinah, mengeluarkan fatwa yang boleh menjadi rujukan umat manusia…
Dewasalah sayang.. dewasalah dengan doa ummi&walid..
Amin🙂

20121220-015432.jpg

kembaralah sayang di bumi Allah ini dengan penuh sifat tawadhuk🙂

20121220-033950.jpg

Fresh from Labour Room —-> sekarang sudah satu tahun!🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: