My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Istimewanya dia..

Kami menerima tetamu yang istimewa, yang sudah dua tahun tidak bersua muka. Bertanya khabar melalui sms.. Ianya menimbulkan rasa sebak di hati.. entah, sahabat yang satu ini dekat di hati..
Nor Fa’izah Ya’acob, kita pernah duduk satu rumah sewa, berkongsi rasa di jiwa sementelah bukan semua kawan yang dapat menerima diri&memahami perangai ai seadanya, pernah mengejar bas bersama-sama.. hihihi.. Tetapi selalunya, ai lah yang berlari lebih laju memandangkan fa’izah sering menjaga kesopanan&kelembutannya. Hahahaha🙂 Jangan marah tau kalau fa’izah dapat baca sekiranya temui wordpress ini. Sejujurnya, ai sangat gembira bersahabat dengan Fa’izah kerana boleh sesuaikan diri dengan ai seadanya yang macam-macam hal kan..hohoho~

Apabila sahabat nak datang, maka mulalah pening kepala nak masak apa. Excited! jadi plan pun banyak.. Anje juga turut memberi cadangan berdasarkan pemerhatiannya.. Pot pet pot pet berbincang dengan anje, makinlah jadi tak tahu nak masak apa.. Masakan mestilah yang sahabat suka hendak makan. Lalu, sms lah Fa’izah minta tolong pilihlah menu berikut: Kari, kurma’, sup, kicap, asam pedas, sambal&sos. Senangkan.. Fa’izah cakap sambal pun boleh🙂 Ya, sememangnya mahu memasak sambal udang petai tapi juga ingin memasak asam pedas ayam.

Oleh itu, inilah hidangan malam bersama. Sambal udang petai grill dengan bendi, ayam goreng, keli goreng, kubis lemak🙂 Manakala, dessert pula buah laici&longan dalam tin serta nata dicoco.

Sedapnya makan sambil berborak-borak.. Macam-macam cerita keluar.. Sukanya tengok Fa’izah preggy, alhamdulillah Fahim dah ada geng-boboi boy again!🙂 Sedar tak sedar, dah pukul 11 malam.. Fa’izah minta diri dulu sebab mereka mahu ke uptown Shah Alam pula..

Melihat Fa’izah yang akan ber’pjj’ nanti, rasa sayu hati.. bukan semua orang boleh melaluinya dengan tabah. Tahun depan masuk tahun yang kelima, mudah-mudahan pegawai JPN yang menjanjikan pertukaran suka sama suka pada bulan enam nanti, menunaikan janjinya.. amin🙂

Fa’izah, ai sayang Fa’izah..
Friendship Forever🙂
Semoga selamat melahirkan baby soleh🙂

20121220-032220.jpg

berborak sambil tengok gambar

20121220-032257.jpg

kami🙂 dengan ‘handbag’ comel

191220122727

191220122728

191220122729

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: