My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

perjalanan

Jam menunjukkan 7.45 pagi. Anak-anak masih lagi tidur, walaupun sudah di dukung masuk ke dalam kereta menghantar isteri ke tempat kerja pagi tadi, pulang ke rumah, di dukung semula ke tempat tidur, mereka masih lagi dibuai kelenaan tidur. Mungkin “membalas dendam” kerana kepenatan mengharungi tiga hari lalu terutamanya Aaminah dan Afkaar yang masa mereka banyak dihabiskan di dalam kereta mengikut sahaja si walid mereka menghantar Khadiijah Wafi kesekolah.

Ianya satu pengorbanan…

Walaupun dari mata kasar ianya dilihat sebagai kecil, tetapi itulah pengorbanan daripada si adik untuk kakak mereka. Semoga mereka sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t.

Mengikut kiraan, mungkin ada beratus-ratus hari untuk mereka mengharungi keadaan yang serupa. Oleh kerana itu, untuk memastikan masa mereka tidak berlalu begitu sahaja, terdapat beberapa aktiviti yang boleh kami laksanakan ketika mana mereka berada di dalam kereta. Saya dan isteri telah berbincang untuk memasang vcd al-Quran juzu’ 30 di dalam kereta dan mereka boleh mendengarnya sepanjang perjalanan. Satu idea yang baik dan akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: