My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Pemanduan berhemah

Berani dan pantas!

Itulah kriteria untuk pemandu-pemandu di Malaysia agaknya khususnya di waktu-waktu puncak pagi dan petang. Mungkin ada berkata semuanya pasti pemandu lelaki. Silaplah sekiranya beranggapan sebegitu, kerana ada juga pemandu wanita yang membawa kereta, menyelit-nyelit mengalahkan cicak kudung. Namun, dalam menyelit-nyelit, soal keselamatan orang lain harus di titik beratkan khususnya bagi golongan yang menunggang motorsikal. Silap sedikit sahaja, terlanggar mereka, boleh mengorbankan nyawa.

Saya pula memandu mengikut keadaan dan waktu. Sekiranya tiada apa yang perlu dikejarkan, tidaklah perlu memandu terlalu laju dan sekiranya menekan minyak sehabis mungkin pun, laju manalah si kancil ini boleh pergi.:-)

Namun, apabila memandu di waktu pagi, mungkin si kancil ini benar-benar memainkan peranan sebagai sebuah kenderaan yang serba boleh menyelit-nyelit di sebalik kesesakan lalu lintas. Selamat jalanlah si Alphard, BMW atau Mercedes yang masih terkial-kial di belakang.

Hari ini kami keluar rumah pada pukul 6.45 pagi. Menghantar isteri ke tempat kerja, kemudiannya ke USJ pula menghantar Khadiijah Wafi dan tiba semula ke rumah pada pukul 8.30 pagi. Setibanya di rumah, jiran sebelah pula baru mula menghidupkan engine kereta untuk ke tempat kerja. Di dalam hati berkata, Alhamdulillah saya sudah menyiapkan hampir 15% dari tanggungjawab saya pada hari ini sedangkan ada lagi manusia lain yang belum lagi memulakan tanggungjawab mereka. Ianya satu kepuasan dan nikmat yang diberi Allah s.w.t., saya bersyukur kepadanya. Alhamdulillah dan semoga segalanya berjalan lancar pada hari ini.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: