Suatu Petang
Kolam dalam kenangan-setahun sudaaa
Kolam baru 🙂
Pagi ini, kami ke Tesco bersama mujahid musleh untuk mencari kolam yang lebih besar memandangkan kolam sebelum ini telah koyak. Entah macam mana boleh koyak, mujahid musleh buat apalah agaknya. Setelah membuat perbandingan harga di beberapa pasaraya terkemuka, akhirnya Tesco menawarkan harga yang lebih rendah, sambarlah satu 🙂
Kolam baru ini, ummi dan walid boleh join sekali 😉 punyalah besar dan bahaya jika tinggalkan afkaar sorang-sorang walaupun dipantau dari dalam rumah. Ianya tinggi dan luas. Kak long dan adik lebih excited kerana tak perlulah nak berlaga kerana ruang lebih luas.. 🙂
Terima Kasih anje..
__________________________
Nota: Mimi selalu memuji abang longnya rajin melayan mujahid musleh.. Of courselah, sebab anje memang terlebih sayangkan anak.. cian ummi 😉 hohoho~ -berebut kasih!