My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Glamour

Hari ini di wall facebook kecoh mengenai seorang student UUM yang berani bertanya soalan kepada fasilitator berkenaan perkara “yang tidak sepatutnya” dikemukakan yang akibatnya dia dimalukan oleh fasilitator tersebut di hadapan ribuan student yang lain. Berani sungguh Miss Bavani, dalam tempoh tidak sampai 24 jam, namanya menjadi glamour di dalam ribuan akaun facebook. Mungkin dia pun tidak sangka dia akan menjadi popular dalam sekelip mata dan saya percaya dia sama sekali tidak melakukan perkara tersebut atas dasar untuk popular di mata masyarakat.

Begitulah kehidupan di dalam masyarakat, adakala kita boleh menjadi glamour dalam sekelip mata. Glamour disebabkan keberanian dalam melakukan perkara-perkara yang baik atau sebaliknya.

Apabila mengaitkan glamour tentang saya, tentulah saya mengingati memori ketika pilihanraya kampus 2004 ketika mana saya bergaduh di kolej 12 dan berlaku sedikit kekecohan ketika berkempen. Dalam sekelip mata, saya menjadi glamour di kalangan kawan-kawan…hihihihi..

Suatu masa nanti, apabila anak-anak melihat gambar ummi dan walid yang bersemangat menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, mudah-mudahan mereka juga akan bersemangat pada masa akan datang untuk menentang sebarang bentuk kezaliman ketika mana generasi kami sudah mulai hilang sedikit demi sedikit. Kami adalah pembakar semangat kepada anak-anak, Amin…

Semoga segalanya dipermudahkan…

20130116-000339.jpg

Amacam, Ada gaya pejuang tak?😉

20130116-001823.jpg

ni time BERSIH

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: