My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Warna dan simple

Seperti kebiasaan, saya tiba sedikit awal di sekolah Khadiijah Wafi. Memandang sekeliling, ruang pagar TSC dipenuhi oleh parent yang berbangsa cina. Mereka berbual sesama mereka dan kadang-kadang mereka tiba-tiba ketawa bersama, saya fikir mungkin ada perkara lucu yang membuatkan mereka ketawa. Di dalam hati berkata, alangkah bagusnya jika saya memahami apa yang mereka tuturkan dan mungkin saya juga akan turut ketawa. Saya memandang di hall TSC, Khadiijah bersama kawan-kawannya, ada masa kelihatan mereka berbual-bual, bahasa apa yang digunakan, hanya mereka sahaja yang tahu. Kebanyakkan student di TSC adalah terdiri daripada anak-anak perempuan, maka apabila mereka semua beratur di hall, kelihatan semuanya dipenuhi dengan warna pink.

Begitulah untuk anak-anak perempuan, warna pink pasti menjadi kegemaran mereka. Jarang sekali ada anak-anak perempuan yang suka akan warna yang lebih gelap. Kesimpulannya begini :
Anak perempuan – pink – princess
Anak lelaki – biru – ben10

Dalam hati berfikir, dari sudut warna pun lelaki dan perempuan ada perbezaan, secara mendalamnya ia juga pasti melibatkan aspek-aspek yang lain, termasuklah dari sudut pemikiran. Ramai yang berkata, kebiasaannya wanita lebih teliti di dalam sesuatu perkara dan lelaki pula lebih simple. Mungkin ada kebenarannya.

Isteri apabila mula memulakan sesi persekolahan yang baru, pasti akan membeli sedikit kelengkapan alat tulis. Begitu juga saya perhatikan terhadap adik ipar yang mula menyambung MA, mereka sibuk menyediakan kelengkapan alat tulis untuk digunakan semasa pengajian. Ia sama sekali berbeza dengan saya, ketika memasuki kelas pertama MA, saya hanya berbekalkan sebatang pen kepunyaan isteri yang tertulis perkataan SK Bandar Sunway di tepi bersama dengan sebuah buku untuk menulis nota semasa kuliah. Dan yang menariknya, pen itu jugalah yang saya gunakan untuk menjawab kertas peperiksaan di hujung semester. Dua tiga hari yang lepas pula saya menceritakan kepada Khadiijah Wafi, sewaktu saya kecil dahulu, ketika musim peperiksaan saya hanya membawa sebatang pensel sahaja ke dalam dewan peperiksaan dan sebagai langkah berjaga-jaga saya telah mengorek pensil tersebut di hulunya sekali, maknanya sekiranya pensel tersebut patah, saya masih boleh menggunakan lagi satu tempat di bahagian hulunya.:-) Saya bertanya kepada isteri ada ke student yang masih melakukan perkara sama seperti yang pernah saya lakukan dahulu, ia hanya dibalas senyuman daripada isteri.

Akhirnya, tidak semua lelaki berpendirian simple-mimple. Begitu juga bagi golongan wanita ada juga dikalangan mereka yang simple-mimple. Walaubagaimanapun dan hakikatnya lelaki dan wanita sebenarnya saling memenuhi antara satu sama lain, untuk mencapai kesempurnaan mereka harus hidup bersama di dunia ini…

Semoga segala urusan kami dipermudahkan..Amin..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: