My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

45&52

Kilogram!
Aduss, tujuh kilogram perbezaan berat badan.
Berat badan daku sudah 52kg, naik kaw-kaw punya tak hingat dunia..
Anje pula, makin menyusut berat badannya.. kalau diukur, sudah sampai paras merah.
Dulu, anje ingatkan apabila berhenti kerja, berat badannya akan bertambah. Malangnya ia semakin kurus lebih kurus daripada papan lapis.
Daku pula, bagai dipam-pam.. tak sampai dua minggu, sudah mencecah 52kg.. aduhai~
Alkisahnya, cikgu di sekolah ada membawa timbang yang boleh membaca pelbagai jenis seperti kolestrol dalam badan, lemak pada organ dan sebagainya. Ianya free🙂
Sebelum tu, memang teringin nak minum teh herbalife cuma mahal, sayang duit. Minum untuk sihat dan buang toksin dalam badan. Alang-alang dah ada botol herbalife 2 liter, tambah teh dibuat minum lagi baguskan😉

Apabila jarum timbang menunjukkan perbezaan yang amat ketara, maka…
Daku pun mulalah stress, semuanya rasa nak angin satu badan.
Mulai hari ni dan untuk tempoh tiga bulan akan datang, daku isytiharkan perang dingin dengan NASI.. Maaflah, sebelum badan bertambah gemok dan menjadi gemok katek, baiklah daku ambil langkah drastik..

Manakala, anje pula.. menimbulkan rasa kerisauan pada daku.. alamak, konfemlah orang akan cakap isteri tak bagi makan a-k-a tak pandai masak. huhuhu~ Macam mana ye nak buat? Ida, bagi hadi makan apa?😉 bolehlah share eh..

Walaupun anje kurus cekeding, tapi tenaga dia sangat kuat! Boleh mendukung Adik Aaminah yang 16kg dan Abang Afkaar yang 10kg serentak… Kak long juga pun semangat boleh tahan hampir 18.5kg.. pulak tu, kak long selalu tidur dalam kereta dan digendong oleh walid.. daku hanya menarik nafas dan memerhati sahaja. itulah tenaga seorang walid.. Kalaulah anje boleh angkat daku, mesti syiok.. tapi apakan daya, dengan berat badan hanya 45kg, nak angkat yang bam bam bum 52kg, alamat tergoleklah kami berdua😉

Semoga misi menurunkan berat badan mencapailah berat badan idaman.. amacam 40kg? hihihi~
Berusaha-aja-aja fighting!🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: