My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Jiran

Pukul 10.05 pagi, baju sudah disidai, sampah sudah dibuang, Afkaar dan aaminah juga sudah lena tidur selepas keletihan mengikut walid mereka menghantar ummi dan kak long ke sekolah. Maka masa yang terluang sedikit ini, saya mahu gunakan untuk solat dhuha, berdoa semoga perjalanan kehidupan kami sekeluarga akan sentiasa dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Baru sahaja mahu membuka pintu bilik air, tenaga kerja Indonesia dibelakang rumah ini sudah mula membuat “onar” mengerudi ntah apa ntah, membuat bising sehingga Afkaar pun sudah tidak lena berada di dalam buai, dan mahu dihenjut sentiasa.

Hati sudah mula naik angin melihat Afkaar yang tidak lena tidur, ikutkan rasa hati mahu sahaja memarahi mereka supaya jangan membuat bising. Agakan saya, sudah hampir sebulan, rumah dibelakang ini direnovate, sampai sekarang pun masih tidak siap-siap, mungkin mahu membina bunglow agaknya.

Beginilah kehidupan bagi kawasan perumahan. Adakala pasti timbul soal-soal berkaitan kejiranan, kadang-kadang akan bertemu dengan jiran yang sangat baik, lebih baik daripada saudara sendiri. Dan kadang-kadang pun akan bertemu dengan jiran yang perangainya tidak “senonoh”, tidak menghormati jiran yang lain, melepaskan haiwan peliharaan memasuki kawasan rumah sebelah, meletakkan barang sehingga memasuki kawasan rumah sebelah dan lain-lain lagi. Namun, ada satu kategori lagi bentuk jiran yang selalunya dijumpai di kawasan bandar iaitu jenis jiran yang tidak mengambil tahu pun tentang kejiranan mereka. Kategori ini ialah jenis yang pergi kerja seawal-awal pagi dan pulang pada lewat malam. Mungkin sibuk mengejar harta keduniaan.

Setelah hampir tiga tahun menetap di rumah teres, saya dan isteri sudah mula merasa tidak selesa. Bukan kerana mendapat jiran yang tidak baik, tetapi ketika anak-anak sudah mula membesar dan usia kami sudah mula meningkat, maka kami lebih memerlukan privasi. Hasrat di hati, kami mahu membeli rumah sebiji, dan rumah tidak bersambung dengan jiran tetangga dan semoga suatu hari nanti Allah s.w.t memperkenankan doa kami untuk memiliki sebiji rumah di ss19, Subang Jaya. keduduknnya sangat strategik, berhadapan dengan sebuah surau, berhampiran dengan sekolah, namun harganya mencecah rm3juta..🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: