My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Mujahid Musleh

Perkembangan Nur Cinta kami🙂

Kak Long..

Sudah memulakan sesi persekolahan kali ketiga jadi memang agak expertlah dalam semua perkara. Homework pun siap dalam masa tak sampai lima minit pun-untuk dua homework bahasa cina dan math. Haiyaa, sangat cepat dan betul sampai ummi pun memanglah tak sangka. Bab tulisan, asal boleh ajelah😉
Ummi teringin nak tengok tulisan kak long kemas macam anak murid ummi yang pengemas, cantik dan teliti. Tapi kak long bukan dalam kelompok sebegitu. Prinsip kak long, cepat dan betul. Tulisan dan kekemasan tolak tepi.. hihihi🙂

Iqra’ 2 hampir sampai ke penghujungnya… Alhamdulillah, syukur sangat kami kerana nak sempurnakan bacaan panjang pendek bukan perkara yang mudah.. makan masa berbulan juga-kena marah ada, kena puji ada.. menangis ada.. sian anak ummi😦
Apabila dah mahir, ianya menjadi mudah pada kak long.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang memberi terang hati pada kak long🙂

Peter and Jane 4a juga telah lancar walaupun bukan ke muka surat akhir. Lambat sikit pun tak apalah sayang, yang penting kak long boleh ingat word dengan baik. Ummi juga rasa happy apabila ummi tunjuk word pada buku bacaan yang lain, kak long boleh baca dengan lancar🙂 Tapi memang terus terang cakap, bahasa melayu kak long agak lemah walaupun boleh membaca-mengeja. Biarlah dulu, bahasa melayu jatuh no2.. aci ke gitu? -Reward kepada kak long akan diberikan setiap kali selesai satu buku iqra’ dan buku Peter and Jane – tidur hotel😉 oh, kak long dah request untuk ke De Palma Hotel Kuala Selangor -Kolam dia best!🙂

Kami juga telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lick Hung Subang Jaya bagi sesi persekolahan 2014 setelah membuat sedikit soal selidik, kajian dengan bertanya guru yang pernah mengajar di situ, membaca blog (agak susah nak jumpa). Kebanyakkan mengatakan sekolah ini adalah yang terbaik-tidak menyekat proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam dan Arabic. Pentadbirnya profesional berbanding dengan sekolah jenis kebangsaan cina yang lain. Pilihan kedua kami adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC) Chee Wen, memandangkan ada yang mencadangkan Lick Hung lebih baik, maka itulah kami mendaftar online SJKC Lick Hung. Nak tahu ok ke tak, kena tunggulah kak long memulakan sesi persekolahan darjah satu tahun depan🙂 … kami pun berdebar juga..

Ada rezeki lebih, kami memilih sekolah swasta Kuen Chen di Jalan Abdul Rahman Putra sebelah Midvalley-anak pergi sekolah, kami pergi shopping.. wallaweh berangan aje.. hihihihi🙂

Adik..

Ini bocah kecik suka sangat menangis, merajuk dan swing the mood oncall. hohoho~
Walaupun ummi try aplikasi teknik nabi hasil perkongsian kak Najibah, hasilnya tak jalan. ummi yang tak cerdik atau adik yang terlebih cerdik memanupulasikan kami?😉

Lewat keheningan malam, hati seorang ummi selalu mendoakan agar adik ini biarlah sukar menelah perangainya ketika kecil ini.. Sudah dewasa, biarlah menjadi anak yang solehah.. adik, adik.. si comel ummi ni..

Iqra’ satu tara tu jugalah.. Begitu juga Peter&Jane-ikut suka dia jelah.. “adik baca sendirilah ummi” itulah nada manja penuh kepelatn bila ummi suruh aca dengan ummi. Adik dengan walid tak bolehlah nak bawa cakap macm tu.. sian kadng-kadang, baca sambil menangis dengan hidung merah dia😉

Adik suka main.. main.. main dan main.. lepas kemas mainan, tak sampai lima minit, adik punggah balik.. lepas tu tengok ipad dengan permainan berterabur, angin ummi baik-selamatlah.. jika sebaliknya, adik akan menangis kemas mainan. hahaha… yelah, semuanya salahkan abang.. cian abang.. adik oh adik..🙂

Tahun depan, adik akan bersekolah. Ikutkan hati, malas nak hantar ke sekolah memandangkan silibusnya kacang goreng bagi kak long yang dah bersekolah tiga tahun berturut. Tetapi, nak hantar sekolah cina punya hal, kenalah hantar awal supaya adik dapat kuasai bahasa cina lebih baik daripada kak long.

Pergilah sekolah ye sayang, tang silibus kacang tu tak apalah. enjoy masa kanak-kanak dari duduk rumah tak beraktiviti. Kami akan beli buku tambahan biar perkembangan otak dan minda mereka berkembang pesat😉

Adik juga tidak berpampers lagi termasuk tidur malam. Cuma adakalanya, jika kami perhati dia minum banyak air sebelum tidur, kami pula bajet-bajet macam tak terjaga nak kejutkan adik ke toilet, maka adik akan dipamperskan pada malam itu. Tahniah adik🙂

Abang Baby..

Sudah dua tahun abang, kejap aje masa berlalu..
Abang baby dulu cool sekarang sudah pandailah nak demand..
Minum air masak, sikit punya liat..
Nasi adalah pilihan utama..
Suka makan dan juga memilih makanan…
Sikit-sikit nak menangis, sama menjadi apabila adik nangis dia pun join sekali-gegak gempita rumah kami.
Nak dipujuk, nak dilayan, nak juga join sekali apabila kakak-kakaknya beraktiviti, tapi sayang ‘no entry’ ya.. semua tak nak geng dengan abang makanya ummilah tempat dia mengadu nasi apabila ‘dipulau’ oleh kak long dan adik.
Paling ummi tak tahan, abang semakin kedekut untuk dicium.. ummi pulak jenis ketagihan mencium. Nasiblah abang.. meraung ke, melalak ke, ummi cium juga kasi puashati..🙂
Kadang-kadang fikir, bestnya time abang baby kecik, ummi cium, pipinya ditadah sahaja tanpa bantahan.. Dah besar dah abang sayang ni..
Adakalanya, bila sakit hati tak dapat mencium lama, mulalah terfikir, bagusnya kalau ada anak kecik lagi.. hehehe.. ohooo, stoplah dulu berangan macam tu okeh!
Apabila dapat kaki, sorilah ye jalan nak pegang tangan.. macam dah pro berjalan. ligatnya kemain lagi tu. Kami stresssssss!
Nak berdukung? jangan haraplah, menangis dan meronta nak berjalan.. lebih nikmat lagi dapat join kak long dan adik..
Paling comel, sambil jalan, sambil masukkan jari telunjuk sebatang dalam mulut🙂 comelnya..
Air liur ‘basi’ asyik mengalir aje, banyak juga gigi nak tumbuh serentak..
Sekarang ni bila makan, nak share atau nak tolong pegangkan, minta maaflah ya.. abang nak pegang sendiri.. hadoiii, baju punyalah kotor.
Ummi selalu terasa, abang cinta ummi sudah besar!
Sudah ucap selamat tinggal pada merangkak, sikit bulan lagi akan ucap selamat tinggal juga pada breastfeed. Sekarang, yang menjadikan kami rapat adalah bonding breastfeed..
Imam Musleh ummi sedang menuju dewasa..
Dewasalah sayang menjadi murabbi, mudarris, muaddib, muallim, mursyid dan mujahid..
Minta dijauhkan dari menjadi murakkab!
Amin…🙂

Single Post Navigation

2 thoughts on “Mujahid Musleh

  1. Salam sis.. apa requirements nak hantar anak register SJKC
    Lick Hung ye? My daughter will turn to 4yrs old next year.. ada yang I google, anak umur 3tahun dorg da register.. n betul ke ada test utk enrol standard 1?

    • hairul2801 on said:

      Ikut pengalaman kami tahun ini, Khadiijah Wafi (7year-standard 1), tiada ujian penilaian untuk penentuan kelas sebagaimana sekolah kebangsaan.
      Register SJKC Lick Hung ketika umur 6 tahun, Januari 2013. Semasa pendaftaran anak perlu bertadika medium cina. Seeloknya, hantar tadika medium cina diusia awal supaya memudahkan pembelajaran anak-anak di SJKC.
      InsyaAllah, semoga anak-anak kita adalah daei pada masyarakat non-muslim, mereka akan lebih menghargai nilai dan jati diri sebagai seorang muslim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: