My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Nap

Kebiasaan mujahid musleh akan bangun pagi sekitar jam 5-6 pagi untuk bersiap keluar rumah, menghantar ummi ke sekolah, kak long ke tadika dan berpatah balik rumah semula dengan walid. Ya, masa mujahid musleh kami banyak dihabiskan atas jalanraya, begitu juga dengan anje.

Apabila kebiasaan itu telah menjadi rutin, makanya cuti persekolahan pun mereka akan bangun awal pagi. Minum susu, mandi, baca buku, main dan bergajet. Suka atau tidak suka, kami akan paksa mereka tidur sekejap sekitar jam 11-11.30 pagi. Perkara ini tidak berlaku ketika hari persekolahan kerana tidur selepas zuhur akan membuatkan mereka liat untuk tidur di malam hari.

Agak sunyi sepi rumah ketika gang mereka diulit tidur sebentar. Ummi juga akan paksa walid untuk join mereka tidur, manakala ummi memilih untuk tidur selepas zuhur. Hahaha.. Jom, tengok gaya mereka tidur sebentar (qoylullah) sebelum azan zuhur😉

20130202-131611.jpg

Adik as a princess akan memilih untuk tidur di atas katil🙂

20130202-131703.jpg

kak long yang agak liat nak tidur, akan disuruh walid baring atas sofa sebagai ‘ambil mood’ dulu.. tak sampai lima minit, kak long akan syahid bersama linangan air mata.. kak long oh kak long, mengantuk tapi tahan mata!

20130202-131906.jpg

Abang pula akan ditidurkan sambil memgempeng, kemudian dipindahkan ke buai untuk dapatkan tidur lena berkualiti

20130202-132051.jpg

As always, walid akan tidur sambil berfikir (kena paksa tidur)😉

__________________________

Nota: Masa mereka dihabiskan bersama-bersama. Walid yang tidak terlepas peluang melihat perkembangan mereka. Walid juga yang selalu up-to-date tentang perihal mereka..
Allah, muliakan walid ini🙂
Jadikanlah mujahid musleh kami saham syurga kami🙂
Amin…

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: