My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Raja Ayam Malaysia

Jalan-jalan cari makan telah membuatkan kami terliur untuk menikmati Kelantan Fried Chicken. Jadi, malam ini kami telah terjah ke restoran tersebut yang terletak di Serdang. Fuiyooo, ramainya orang, terasa bagai di kenduri kahwin. Kedainya kecil sahaja, jadi tidak mampu menampung kebanjiran orang penangan rancangan tv JJCM.

Memahami situasi, kami menunggu agak lama tapi ianya tidak mengecewakan. Pelayan dia berbudi bahasa. Pendek cerita, kedai ini dimiliki oleh Orang Kurang Upaya-memang tabik springlah, perlu dibanggakan dan diberikan hebahan ke serata pelosok. Ya, sangat bangga!🙂

Kami tidak sempat snap gambar, suasana tidak mengizinkan.. Kami order 2 ketul ayam goreng-peha, wedge/fries beserta dengan mayonise&black pepper sos (Rm5), Buger Ayam bernenas+fries/wedges+baked bean (Rm5)=agak mewah hidangan ini kerana ada sos 1000 island, mayonise, black pepper sos&sos cili. Atas meja memang sudah tersedia botol sos cili&tomato. Air pula, kami pilih ice blended blue ice&coco blended-kesukaan kak long dan adik🙂
Total rm17.

Sebelum balik, tauke kedai offer chicken chop+ayam goreng rm6. Ada lapan set yang belum habis. Jadi dia buat tawaran ke meja-meja yang inginkannya. Setelah berbincang dengan anje, kami pun beli satu set memandangkan daku memang terliur tengok chicken chop Kelantan tu cuma takut tak habis makan bila diorder. Alhamdulillah, dapat juga merasa chicken chop Kelantan yang ditapaw.

20130203-001435.jpg

Pamplet yang boleh didecide sebelum terjah restoran🙂

___________________________________

Nota: Ralat sebab tak dapat rasa kaki ayam,leher ayam&pedal ayam (rm1) kerana sudah habis. Kenalah datang awal, baru banyak makanan ada.. Kami dah mencuba, anda bila lagi?🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: