My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Archive for the day “February 15, 2013”

Kampungku

Cuti Tahun Baru Cina yang baru berlalu ini (8hb-14hb) dihabiskan di Cahaya Baru.. Pulang bersama adik dan mujahid musleh menaiki bas.. Perjalanan kali pertama membawa tiga bocah kecik ini tidaklah mencabar mana kerana pilihan perjalanan di kala malam-ianya suatu perjalanan tidur 🙂 cuma, adik yang agak merengek dan menangis berpisah dengan walid kesayangan..

Manakala abang pula, memang dah tak bagi tidur di petang hari.. Apabila naik bas, terus tidur bertemankan kedinginan aircond. Kak long juga begitu, bertanya itu ini pada bonda disisinya, tertidur keletihan menahan ngantuk sepanjang hari… Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi 🙂

Antara aktiviti- bermain basikal, berlari-lari dan asyik ke kedai acheh.. Suprise-adik beradik mama adakan bbq. maklumlah, musim hujan.. berkumpul ramai-ramai, terasa macam suasana hari raya 🙂

Memandangkan anje tidak turut serta- kami merasakan masa berjalan agak perlahan.. Mujahid musleh asyik mencari walidnya-menimbulkan rasa stress dan rimas pada si ummi.. Lain kali, kena angkut sekali dengan walid. Cukuplah untuk kali ini sahaja kami berempat pulang ke kampung.. Serik melayan ragam si anak-anak yang memcari walidnya terutama adik dan abang…

20130216-012050.jpg

Ligat berjalan tak cukup tanah nak pijak

20130216-012155.jpg

20130216-012212.jpg

🙂

20130216-012246.jpg

Kebun mama- ni sebahagian kecil sahaja

______________________________

Nota: Percutian ini menggembirakan kami ditambah lagi dengan kehadiran anje yang datang menjemput kami pulang 🙂 –ianya indah-terasa masa cepat berlalu dengan adanya anje disisi- oh, itu rindu namanya 😉

Post Navigation