My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Strong Girl

Hari ini, kami telah pergi ke klinik gigi Dr. Aziz di Subang Perdana untuk mencabut gigi kak long yang sudah goyang akibat gigi kekal telah tumbuh di belakang giginya.. Alahai, awalnya gigi kak long tumbuh. Memang tak perasaan langsung gigi depan sudah berlapis cuma kak long ada cakap dia tidak selesa..

Pada mulanya, gigi depan sebelah bawah tidak bergoyang walaupun sudah ada gigi dibelakang. Ummi pun suruh kak long goyangkan.. Tengok-tengok, dua giginya telah bergoyang.. Maka, selepas cuti panjang haritu, kami pun setelkan hal gigi kak long. Susah kalau gigi dah berlapis-payah nak berus gigi..

Gigi kak long masih cantik dan kuat akarnya, jadi ummi risaulah juga-takut dia fobia cabut gigi dan jumpa doktor gigi.. Tapi agak kelakar kerana memang betul-betul tak sampai lima minit, kak long dah siap cabut gigi sambil terlompat-lompat kegembiraan. Melihat mulutnya yang berdarah, kesian rasa hati tapi bila dia menyatakan langsung tidak sakit-ummi merasa syukur dan lega..

Walid yang menyaksikan kejadian tersebut pun tidak sempat snap gambar😉 tahu-tahu lepas kena spray-alat ini membuatkan kak long merasa sejuk kemudian doktor terus mencungkil dua batang giginya.. Siap! Senangnya.. Ummi yang tak sanggup sebab bayangkan macam ngeri kak long meronta-ronta.. hihihi

Adik pula bila lihat mulut kak longnya berdarah, menagis ketakutan.. Kak long siap cakap, tak sakitlah adik.. Macam manalah keadaan adik apabila tiba masanya kena cabut gigi..😉

Mungkin ada setengah orang berpendapat, buat apalah pergi jumpa doktor jika gigi dah goyang sangat dan boleh tarik aje. Bagi kami, walaupun gigi kak long boleh je main cabut guna tuala memang confirm punya tercabut dan save bajet tapi kami lebih suka andainya ia tidak mendatangkan rasa fobia pada kak long jika timbul masalah gigi di kemudian hari. Jadi, ianya memang berbaloi untuk mendidik anak supaya bertenang ketika mendapat rawatan pergigian. Kami ni yang fobia!😉

Hasilnya, kak long berasa happy dan dia cakap ” nanti kak long nak jumpa Dentist again ”🙂 maka sebagai reward( ingat ye, janji dengan anak-anak jangan jadi capati😉 ) adalah hadiah atas keberanian dan semangat kak long.. 🙂

Kak Long, you are STRONG GIRL!

20130218-233628.jpg

Comel gigi kak long berharga rm40🙂

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: