My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

:) (:

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, syukur ya Allah kerana melembutkan lidah kak long untuk membaca kalam suci-Mu.. Selangkah membaca al-Quran🙂

Hari ni kak long telah memulakan Iqra’ tiga dengan bergurukan walid – pilihan kak long..
Ya, kami berdua duduk mengadap bacaan kak long – suatu senyuman lebar tanda gembira dengan kepetahan kak long membunyikan baris atas dan bawah.. Allahuakbar!

Semoga, hingga hujung tahun ini kak long boleh menghabiskan bacaan iqra’ enam dengan sempurna. Ya Allah, bimbinglah kami dalam mendidik amanah dan ujian-Mu ini. Hindarilah kami dari sifat malas dan kelesa. Amin..

Buku Peter and Jane juga sudah boleh mula dengan 5a namun kami tidak sempat membeli lagi memandangkan kekangan masa untuk mengambil voucher buku di Universiti Malaya dan membawa little mujahid musleh ke MPH One Utama – 3 tingkat dan ia mengujakan mereka🙂

Doanya, ada kelapangan masa pada hujung minggu ini..

Adik pula masih lagi di mukasurat 6 – Ja, Kha, Kho – banyak main dan tak reti nak diam – menguji kesabaran kami.. Aduhai adik sayang🙂

Abang baru mula dengan iqra’ 1 mukasurat 1- A, Ba.. A je yang pandai sebut.. Pencapaian yang bagus untuk baby yang berusia setahun dua bulan.. Cuma Darwish yang hafaz Quran itu memang terbaik.. Alhamdulillah🙂

Doa kami agar mujahid musleh kami adalah jaminan syurga buat kami🙂 Amin..

20130306-230133.jpg

Terima kasih kak long cinta kerana rajin mengajar dan mendengar bacaan adik🙂
Proud of you my solehah baby – kak long&adik

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: