My Blog

Tentang Awak&Kite…NurCinta Kami…

Kesihatan

Kami sekeluarga diuji nikmat kesihatan.. Bagi daku dan anje, ianya masih lagi boleh dirawat dan tidaklah membawa mudharat..

Cuma yang membimbangkan, Ahmad Afkaar yang sudah tiga hari demam panas, tidak kebah. Kami merawat secara alami terlebih dahulu – kerap mandikan, basahkan kepalanya dan balut kepala dengan tuala basah, kerap memberi breastfeeding. Kemudian memberi makan ubat homepathy. Apabila ianya kurang berkesan, kami mula memasukkan ubat melalui punggung – ianya pilihan yang jika boleh dielakkan, kami akan elakkan.

Setelah tiga ubat punggung dimasukkan, hati seorang ummi bertambah kalut melihat perkembangan kesihatan abang belum mahu sihat.. Yang hanya tinggal pilihan ditangan membawanya ke Klinik atau bermunajat disepertiga malam walaupun hati kerap mendoakan namun pinta secara khusus dan terus dari-Nya adalah perkara pertama yang patut dipertimbangkan..

Oh Baby Afkaar, cepatlah sihat sayang..

20130317-210756.jpg

Kepala berbalut dan tidak berbaju

Adik Aaminah juga mula menunjukkan tanda aras tidak sihat.. Kami memberi ubat homepathy sahaja untuk demam – ciritbirit – muntah.. Ianya agak comel kerana adik masih boleh buat request untuk ke toilet🙂
Ummi / Walid : Adik nak u-uk chuk, adik sakit perut..
Ummi / Walid: Adik nak muntah..
Ianya comel dan menjaga ‘maruah’ nya untuk berak&muntah bersepah-sepah.. Even kami ke Giant hari ni..

Kami gembira juga kerana hari ini, adik juga telah bangun dua kali untuk ke toilet membuang air kecil.. Adik masih lagi tidur berdiapers. Perkembangan ini, mengujakan kami.. Adik dah boleh bangun malam untuk ke toilet! Syukur.. syukur… syukur.. Dalam ujian ada juga kegembiraan🙂

Adik oh adik… Cepat sihat sayang..

20130317-211517.jpg

Kurang sihat tapi aktif lagi🙂

Kak long pun dah mula dengan batuk.. Masih mengawal untuk batuk.. Peraturan amat ketat.. Apabila didapati batuk maka no ice cream, no ice and the gang lah.. Tempoh berpantang ini amat tidak digemari kak long😉

Kami memberi juga ubat homepathy kepada kak long.. Kak long, mesti sihat untuk menghabiskan sesi persekolahan yang masih berbaki seminggu.. Cepat sihat ye sayang dan selamat berpantang – hihihihi😉

20130317-211940.jpg

Urus diri sebelum tidur

______________________________
Nota: Ya Allah, sembuhkan mereka daripada penyakit berjangkit.. Sungguh ujian kesihatan juga adalah suatu rahmat untuk membina antibodi badan mereka.. Janganlah ianya berterusan.. Sembuhkanlah mereka, sihatkanlah mereka wahai Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Amin…

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: